Insan & Komuniti 05 Dec, 2020

Terbaik JPKD Senggarang! Aktif santuni mereka ditimpa musibah

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

TERAJU Kebajikan UMNO Bahagian Batu Pahat, Johor sentiasa bersiap siaga untuk mengagihkan segera bekalan barangan makanan asas kepada penduduk yang ditimpa musibah khusus mangsa banjir dan yang terbabit dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Covid-19 di daerah itu. : KitaReporters 



Lagi kisah-kisah berkaitan Batu Pahat:

https://kitareporters.com/search?search=batu+pahat


Barangan makanan asas seperti beras, tepung gandum, gula, kopi, bihun, sardin, maggi, kicap dan minyak masak akan dibungkus segera oleh Ahli Jawatankuasa Teraju Kebajikan apabila menerima laporan terutama daripada ketua kampung.

Selain itu Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian juga diingatkan untuk sentiasa peka kepada permasalahan penduduk pada musim tengkujuh dan PKPB sekarang yang mungkin memerlukan bantuan apabila terputus bekalan makanan. 



Dr Mohd Puad Zarkashi (kanan) mendengar keluhan warga emas yang uzur dalam Program Ziarah Kasih Mingguan DUN Senggarang. - Kredit photo JPKD


Pengerusi Teraju Kebajikan UMNO Bahagian itu, Mohd Hamidi Mat Tap ketika dihubungi, berkata penduduk khusus yang menjadi mangsa banjir atau dikuarantin kerana PKPB perlu bersabar dan berlapang dada sementara menunggu bantuan sampai kepada mereka. 

Menurutnya, penduduk perlu memberikan laporan tepat lokasi rumah mereka untuk memudahkan bantuan sampai dengan segera selain maklumat itu akan dikongsikan dengan pihak berkuasa keselamatan yang lain.

Sementara itu katanya, dalam program Ziarah Kasih Mingguan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menziarahi tiga penduduk yang uzur dan sakit serta enam keluarga ditimpa musibah di tujuh cawangan UMNO DUN berkenaan pada 27 November 2020. 


Dr Mohd Puad menghulurkan sumbangan kepada penduduk yang menjadi mangsa banjir kilat baru-baru ini.


Beliau berkata, bersama-sama ahli Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Senggarang Dr Mohd Puad mengagihkan bantuan barangan makanan asas kepada 14 keluarga yang ditimpa bencana banjir kilat pada pertengahan Oktober 2020.

Mohd Hamidi yang juga Pengerusi Kebajikan JPKD Penggaram, berkata dalam program Tautan Kasih Muhibah, rombongan JPKD yang diketuai Pengerusinya, Zaidi Jappar pula menyantuni 12 keluarga daripada pelbagai bangsa yang menghadapi musibah pada 28 November 2020. 


Zaidi Jappar menghulurkan sumbangan kepada seorang penduduk dalam Program Tautan Kasih Muhibah JPKD Penggaram sambil diperhatikan Mohd Hamidi (dua dari kanan). 


“Ahli JPKD, ahli PAS, MCA dan MIC yang mengikuti lawatan itu dapat melihat dengan lebih dekat apabila sebahagian daripada ketua keluarga terbabit menghidapi sakit kronik seperti strok, kencing manis dan sakit jantung selain ibu tunggal serta Orang Kurang Upaya (OKU).

“Mereka yang mengikuti program itu juga diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagaimana ditetapkan oleh pihak berkuasa terutama dalam situasi PKPB sekarang ini,” katanya. 


Ahli Jawatankuasa JPKD Penggaram, Ahli Jawatankuasa PAS, MCA dan MIC yang menyertai Program Tautan Kasih Muhibah bersama-sama Zaidi (tengah) dan Mohd Hamidi (kanan).

11
0
0
0
0
You will be interested