TRIMAH mengaku hatinya hancur dengan tindakan ketiga-tiga anaknya yang menghantar dirinya ke pusat jagaan warga emas.
BENAR kata pepatah seorang ibu mampu jaga 10 anak walaupun dalam kepayahan keperitan sanggup lalui bersama, namun 10 anak belum tentu jaga seorang ibu yang mengandung dan menjaganya sejak kecil lagi.
Kisah sama turut berlaku di Malang, Indonesia apabila ibu tua yang memiliki tiga anak 'dibuang' oleh darah dagingnya apabila menempatkan wanita itu ke rumah penjagaan orang tua.
Lebih sayu anaknya mendakwa mahu membawa ibu kandung mereka bersiar-siar sebaliknya, ibu tua itu, Trimah dihantar ke pusat penjagaan warga emas, di Yayasan Griya Lansia Husnul Khatimah, di daerah yang sama.
Allahu! tergamaknya mu nak buang orang yang membawa dirimu ke dunia ini.
Lagi kisah menarik berkaitan pusat jagaan warga emas
Walaupun apa jua alasan, namun tindakan berkenaan tidak patut dilakukan.
Tidak dinafikan menjaga warga emas pasti berdepan kerenah namun yakinlah kesabaran dan ketulusan itu pasti dibayar 'cash' sang pencipta.
Malah jika si anak tahu menjaga dan merawat orang tua diberikan rezeki yang luas, pasti mereka tidak sesekali melakukan perbuatan berkenaan.
Dilayan baik oleh petugas di rumah penjagaan warga emas Yayasan Griya Lansia Husnul Khotimah
Menghabiskan masa terluang di pusat jagaan berkenaan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sambil dibimbing oleh ustazah.
Namun sayangnya kerana iman yang nipis menyebabkan mereka sanggup 'buang' ibunya sendiri.
Kisah berkenaan menjadi tular dalam media Indonesia baru-baru ini, apabila ibu tua yang berusia 69 tahun itu, memberitahu dia terpaksa akur walaupun hati hancur dengan keputusan anak-anak.
Kisah berkenaan menjadi tular Indonesia sehingga tindakan anak kandung itu dikecam oleh netizen yang tidak bersetuju dengan keputusan tiga anak berkenaan.
Namun sangat mengejutkan apabila seorang daripada anaknya tampil menjelaskan kisah sebenar selepas kisah ibunya tular.
Anak perempuan bongsu itu mendakwa mereka tidak membuang ibunya, namun mempunyai alasan kukuh untuk menghantar ibu tua itu ke pusat jagaan warga emas berkenaan.
Saat bahagia bersama seorang anak lelakinya semasa berada dalam jagaan anaknya sebelum dihantar ke pusat jagaan warga emas.
Kini Trimah semakin dapat menyesuaikan diri di rumah 'baharu' itu dikelilingi rakan-rakan yang senasib dengannya.
Malah ibu tua itu banyak menghabiskan masa senggang itu dengan aktiviti bermanfaat sebagai bekalan di kampung abadi.
Kongsi Trimah lagi dia masih terdengar pesanan anaknya sebelum meninggalkan ke pusat berkenaan.
“Anak-anak pesan supaya saya berhati-hati dan terus bersabar,” luahnya ketika mengenang semula waktu dirinya dihantar ke tempat tersebut.
Meskipun kecewa dengan keputusan anak-anaknya itu, sebagai seorang ibu dia tetap mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Saya doakan mereka supaya dipanjangkan umur, diluaskan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Mudah-mudahan mereka masih ingat mempunyai seorang ibu,” luahnya sayu.
Siapa sangka anak yang dikandung rupanya tidak mampu menguruskan sisa-sisa hidupnya sehingga tergamak di buang ke pusat jagaan.
Semoga kejadian yang berlaku kepada Trimah dijadikan pedoman kepada kita semua.
Ingatlah ibu yang mengandungkan kita hanyalah satu di dunia, hargailah selagi ada. Malah doanya adalah paling makbul dan bernilai... lebih mahal daripada harga dunia!
Sayangil dan hargaiah selagi matanya belum tertutup rapat. - KitaReporters