KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa mungkin itu adalah ayat paling sesuai digambarkan terhadap seorang bapa kerana sanggup melakukan segala-galanya demi anak -anak.
Kasih sayang lelaki yang bergelar ayah tidak perlu dipertikaikan, kerana seorang bapa sangat jarang dalam berkata-kata namun tindakan mereka itu cukup luar biasa.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan anak istimewa
Itulah yang dibuktikan oleh seorang bapa dari China ini apabila anak tersayang didiagnosis dengan penyakit aneh.
Akui Xu Wei, dia tidak mahu sekadar berpeluk tubuh menunggu hari kematian anak lelaki kesayangan, Haoyang yang disahkan mengalami sindrom Menkes yang hanya ditemui satu daripada 100,000 kelahiran di dunia.
Penyakit yang melibatkan gangguan genetik terhadap kandungan tembaga (yang penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf) diproses di dalam tubuh membuatkan Xu Wie tidak putus asa mencari penawar.
Walaupun rawatan terhadap penyakit yang dialami anaknya tidak tersedia di China, ditambah lagi dengan sekatan COVID-19 yang ketat, peluang Haoyang untuk dapatkan rawatan di luar negara berdepan kesukaran.
Kredit foto: france24.com
Atas dasar itu, Xu Wei yang hanya memiliki pendidikan sekolah menengah nekad menyediakan keperluan ubatan untuk anak lelaki tunggal dengan menyediakan makmal ubatan di rumahnya demi kemudahan anaknya.
Oleh demikian, Xu Wei memutuskan untuk membina sendiri makmal di rumah bagi mencipta ubat yang bersesuaian untuk anaknya. Malah semua maklumat mengenai penyakit yang dialami anaknya itu semua diperoleh sendiri melalui pembacaan melalui Internet.
Walaupun maklumat disediakan dalam bahasa Inggeris yang menyukarkan dirinya memahami namun tidak menjadi alasan untuk bapa muda itu berusaha menterjemahkan sebelum menyediakan makmal hasil DIY di rumahnya.
Akui bapa muda itu dia seboleh-bolehnya mahu memberikan rawatan yang terbaik selagi mampu dan secara teorinya ia boleh dicuba, sekali gus member harapan kepadanya anak kesayangan itu sembuh dan normal seperti anak-anak yang lain.
“Saya tidak mahu anak saya menunggu kematian dalam keadaan putus asa. saya mesti cuba sedaya upaya demi selamat nyawanya," ujarnya.
Sindrom Menkes itu yang dipercayai lebih banyak 'menyerang' kanak-kanak lelaki berbanding perempuan sangat jarang ditemui.
Malah, Rare Disease Organization mendakwa pesakit yang didiagnosis sindrom Menkes tidak mampu bertahan melebihi usia 3 tahun.
Gejala itu kebiasanya muncul dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran antara simprom yang dialami adalah rambut yang jarang, keriting, serta pertumbuhan yang perlahan (atau kegagalan untuk berkembang) dan sering mengalami sawan.
Ciri tambahan lain pula termasuklah tona otot yang rendah atau ‘hipotonia’, ciri muka yang kendur dan ketidakupayaan perkembangan serta intelektual.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perubatan di Universiti Peking Huang Yu berkata, penyediaan ubat adalah bukanlah sesuatu yang sukar kerana ubatan itu adalah bancuhan tindak balas organik yang mudah dan boleh dilakukan di rumah secara kendiri.
Malah, Huang Yu mengagumi usaha bapa muda itu demi memberi keperluan terbaik kepada si kecil berkenaan.
Semoga usaha murni yang dilakukan si bapa itu membawa hasil dalam memberi kesempurnaan kepada anak lelaki kesayngan itu menghadapi hari-hari mendatang dengan baik. - KitaReporters