Insan & Komuniti 28 Feb, 2021

Suami paksa isteri celup tangan dalam minyak panas! Untuk buktikan si isteri bercakap benar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Si isteri terpaksa mencelup tangan dalam minyak panas seperti arahan si suami.

DI INDIA masih terdapat kepercayaan dalam kalangan sebilangan masyarakat cara untuk membuat penghakiman sendiri yang boleh membahaya atau memalukan pihak yang kena tuduh. 

Seorang isteri menghilang tanpa berita selama empat hari. Ketika dia kembali ke rumah, ia membuat suaminya marah meskipun sudah dijelaskan. Namun, penjelasan si isteri membuat suaminya sangsi, sehingga dia perlu menguji kebenarannya.

Si suami lalu menyiapkan minyak panas yang kemudian mencampakkan ke dalamnya wang syiling. Lalu dia mengarahkan isterinya mengambil syiling tersebut dengan menggunakan tangan kosong.


Lagi kisah=kisah menarik berkaitan India:

https://kitareporters.com/search?search=India


Perkara ini dilakukan oleh si suami untuk memeriksa adakah penjelasan yang diberi isterinya betul atau tidak, menurut laporan portal  Eva.vn pada Jumaat, 26 Februari 2021.

Peristiwa mengejutkan ini terjadi di bandar Paranda, daerah Osmanabad, negeri Maharashtra, India

Masyarakat tempatan menyebut kepercayaan menguji kejujuran itu dinamakan 'agnipariksha', iaitu mengambil duit syiling 5 Rupe daripada bekas berisi minyak yang mendidih dengan tangan kosong.




Si isteri yang pada mulanya enggan melakukannya, namun akhirnya terpaksa setuju. Dia lalu mencelupkan tangan bagi mengambil syiling itu dengan pantas dan dengan pantas itu juga mencelupkan tangannya pula ke dalam bekas air sejuk.

Peristiwa itu dapat disaksi dalam video Twitter yang dimuat naik oleh pemegang akaun @Bharatghandat2 (Bharat Ghandat).



Video itu menerima banyak kecaman daripada netizen yang berpendapat, jenayah penderaan seperti itu tak sepatutnya berlaku lagi pada zaman sekarang.

Malah, ramai yang bertanya, apakah video tersebut mendapatkan tindak balas daripada pihak berkuasa, khususnya pasukan polis di bandar itu. Tak kan tonton sahaja, kata mereka? - KitaReporters




0
1
3
1
4
You will be interested