Insan & Komuniti 10 May, 2025

Video| Pelik atau tipu! 16 tahun tak makan dan tak minum! Namun wanita 26 tahun tetap sihat, kuat!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Muluwork Ambaw, seorang wanita berusia 26 tahun dari Ethiopia (Habsyah), mendakwa tidak menjamah sebarang makanan dan minuman sejak 16 tahun lalu.

Kebanyakan orang sukar bertahan beberapa jam tanpa mengunyah sesuatu, tetapi Muluwork Ambaw menegaskan dia telah menjauhkan diri dari makanan selama-lamanya pada suatu hari ketika dia baru berusia 10 tahun. Ketika itu selera makannya hilang secara tiba-tiba.

Apa yang pelik,  Ambaw menjalani kehidupan yang normal. Dia kelihatan sihat dan mempunyai banyak tenaga untuk melakukan tugas hariannya, termasuk memasak untuk orang lain dan menjalankan pelbagai urusan. 
Wanita muda itu telah menjalani beberapa ujian perubatan di Ethiopia. Namun tidak ada pihak yang benar-benar dapat mengesahkan jika dia bercakap benar.

Doktor sebuah hospital di Addis Ababa mengesahkan bahawa tiada bukti makanan dalam ususnya pada masa pemeriksaan.

MULUWORK AMBAW  mengaku tetap sihat walaupun tidak menjamah makanan dan minuman sejak 16 tahun dahulu. - Kredit foto: YouTube Drew Binsky

Kes Muluwork Ambaw baru-baru ini menjadi tular selepas dia dikunjungi oleh travel blogger (blogger pengembaraan), Drew Binsky yang mendengar ceritanya semasa melawat Ethiopia dan memutuskan untuk bertemu dengannya secara peribadi. 

Akibatnya, videonya cepat tular.

Tetapi  ini bukan kali pertama Ambaw menjadi tajuk berita. Dia mula menarik perhatian pada 2016, apabila khabar angin tentang seorang gadis yang boleh bertahan tanpa makanan atau air mula tersebar di negara asalnya. 

Tidak lama kemudian, wartawan dan wartawan TV berkumpul di kampung kecilnya untuk mendokumentasikan kes peliknya.

Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia masih ingat kali terakhir makanan melepasi bibirnya.

Hidangan terakhirnya ialah rebus lentil merah dengan injera (red lentils stew with injera) iaitu hidangan tipikal Ethiopia. Selepas itu selera makannya hilang begitu saja. 

Pada mulanya, dia berbohong kepada keluarganya bahawa dia telah makan, tetapi akhirnya dia terpaksa memberitahu mereka perkara sebenar.

"Saya pernah tinggal bersama keluarga saya, dan mereka meminta saya makan sarapan pagi dan pergi ke sekolah," kata Ambaw. 



Pada 2021, blog berita Ethiopia, Borkena mengumumkan bahawa Perdana Menteri negara itu telah mengetahui keadaan Ambaw dan mengarah dia untuk menjalani ujian oleh doktor di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). 

Dalam temu bual dengan Drew Binsky baru-baru ini, wanita berusia 26 tahun itu mendakwa bahawa doktor tidak mendapati apa-apa yang salah dengannya.

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan. Ia adalah kerja Tuhan dan saya hanya menerimanya," kata Muluwork Ambaw. - KitaReporters

13
11
0
8
0
You will be interested