
Hari Raya Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi simbol ketundukan dan pengorbanan yang ikhlas kepada Allah SWT.
Kisah agung Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. menjadi lambang ketaatan dan pengorbanan tanpa syarat yang terus menjadi teladan sepanjang zaman.
Pada era penuh cabaran dan ketidaktentuan ini, semangat Aidiladha mengingatkan kita bahawa pengorbanan bukan semata-mata pada haiwan sembelihan tetapi lebih besar daripada itu iaitu pengorbanan masa, tenaga, keinginan peribadi dan kepentingan diri demi kesejahteraan bersama.
Aidiladha juga menyemai rasa kebersamaan, keterangkuman dan keprihatinan.
Ibadah korban yang dilaksanakan membawa mesej kepedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik agar tiada yang terpinggir dari kemeriahan dan keberkatan Aidiladha.
Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini memperteguh nilai keikhlasan, memperkukuh silaturahim dan membangkitkan kesedaran untuk terus berbakti demi agama, bangsa dan negara.
Marilah kita hayati makna sebenar pengorbanan sebagai bukti ketakwaan dan cinta kepada Ilahi.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Ikhlas daripada KitaReporters

Tags: