Insan & Komuniti 08 Aug, 2022

Video| Warga emas sengaja mencuri! Kerana mahu dihumban ke penjara! Dapat makan, tempat berteduh!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SEORANG lelaki warga emas Thailand sengaja melakukan jenayah semata-mata mahu dirinya dihumban ke penjara.

Pelik kan? Tapi itu yang berlaku kepada warga emas, yang dikenali Pichit, yang menggunakan taktik pelik tersebut.

Dedahnya semua itu dibuat bagi memastikan dirinya mendapat makan dan tempat berteduh dan tidak lagi terkapai-kapai dalam kehidupan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan mencuri



Memetik portal Odditycentral, lelaki berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.30 petang pada 29 Julai 2022 lalu di Chon Buri, Thailand kerana mencuri tiga ketul sabun di sebuah kedai.

Walaupun ada pihak yang cuba mahu menyelamatkan dan membayar ganti rugi barangan curian berkenaan, namun lelaki warga emas tetap berkeras menolak.

Lelaki itu memberitahu yang dia enggan menerima bayaran tersebut kerana mahu memastikan dirinya masuk ke penjara.

Lebih melucukan dia terus mendesak pemilik kedai berkenaan supaya menghubungi segera pihak polis dengan perbuatan yang dilakukan.



Ketika pegawai penyiasat Balai Polis Sattahip, Paiboon Laohanawat tiba ke lokasi dia memberitahu, lelaki itu memaklumkan  dia memang sengaja mencuri tiga ketul sabun supaya dirinya ditahan dan seterusnya dihantar penjara.

"Lelaki itu mencuri tiga ketul sabun berharga RM2 setiap satu dari Farmasi Siri-Osoth. Pemilik farmasi yang menghubungi polis supaya lelaki itu ditahan," katanya.

Jelasnya lagi, lelaki itu turut memberitahu jika dia tidak dipenjara, dia mungkin bebas untuk melakukan apa sahaja atau berkemungkinan mati kelaparan.



Namun, sekiranya ditahan dan dimasukkan ke penjara sekurang-kurangnya pemakanan terjaga selain mempunyai tempat berteduh. 

Malah lelaki itu membayangkan apabila ditahan dia akan dijamu tiga kali sehari selain mempunyai tempat berteduh serta katil mempunyai rakan untuk berbual

Wah bayangannya ditahan di penjara mungkin  seperti bercuti di hotel namun sedar tak bahawa kehidupan di penjara bukan seindah yang difikirkan. Itu belum lagi dibuli banduan lain selain  berdepan tekanan.

Semoga tiada yang mengidamkan sepertinya lagi! . - KitaReporters


 

7
11
0
17
0
You will be interested