Kisah Insan 12 Aug, 2022

Video| Nenek duduk di tempat simpan kayu! Atas kerelaan! Nak berdikari! Tak nak susahkan keluarga!

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2007 dan masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SEPATUTNYA pada usia lanjut, kehidupan lebih terjamin dan berada dalam keadaan selesa serta dikelilingi ahli keluarga terdekat.

Namun tidak bagi seorang nenek dari Indonesia, yang kini mencecah usia 75 tahun dan dilahirkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Dia mahu kekal berdikari dan tidak mahu menyusahkan ahli keluarga terdekat.

Malah sudah bertahun-tahun nenek tua yang hanya dikenali Nenek Masi dari Desa Lempeji di Jember, Jawa, Indonesia itu tinggal seorang diri di sebuah ruangan yang terbuka yang menempatkan penyimpanan kayu serta reban ternakan yang menempatkan ayam dan kambing milik adik perempuannya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kehidupan nenek-nenek


Walaupun pada usia emas, namun hati nenek tua ini sendiri mengakui dia sendiri yang memilih untuk berteduh di reban berkenaan yang terletak di belakang rumah adik perempuannya kerana tidak mahu menyusahkan ahli keluarga yang lain berikutan keadaan kesihatannya.

Malah, dia kekal mahu berdikari dalam keadaan dirinya serba kekurangan kerana dilahirkan tidak boleh berjalan sejak lahir menjadikan dirinya kelihatan seperti dipulaukan oleh ahli keluarga.

Di ruangan tempat dia menginap terletak sebuah katil usang yang menjadi tempat nenek masi berehat dan melelapkan mata di waktu malam.

Walaupun selesa dan kehidupan yang dipilih namun situasi yang dialami Nenek Masi menjadi tular sehingga memaksa wakil pegawai pemerintah di kawasan berkenaan membuat pemeriksaan ke atas Nenek Masi dan ahli keluarga yang berdekatan.



Namun hasil soal siasat mendapati nenek tua itu sendiri mahu tinggal di tempat penyimpanan kayu dan juga menempatkan reban ternakan kerana tidak mahu menyusahkan ahli keluarga yang lain.

Malah, ketika hujan lebat tempat tidurnya juga basah kerana tempias hujan lebat namun tidak menghalang untuk nenek Masi kekal berada selain memudahkan dirinya bertemu ahli keluarga yang sememangnya menetap di kawasan yang berhampirannya.

Kisah kehidupannya di reban ayam menjadi tular dalam media sosial sehingga muncul kisah-kisah kurang menarik mengenai kehidupan



Kisah tersebut akhirnya mendapat perhatian wakil pemerintah yang datang membuat pemeriksaan ke kediaman tersebut dan melihat sendiri keadaan Nenek Masi.

Namun Agus Widodo menjelaskan, semua berada dalam keadaan baik dan bukan seperti yang ditularkan sebelum ini.

Nenek Masi sendiri yang memutuskan untuk terus kekal di kawasan berkenaan kerana tidak mahu mengganggu kehidupan adiknya yang sudah berkeluarga berikutan keadaannya yang sering batuk selain tidak selesa.

Malah tiada unsur-unsur penganiayaan dalam kes berkenaan seperti yang ditularkan sebelum ini. Malah Agus memberi jaminan akan memberi perhatian dengan kehidupan nenek Masi. - KitaReporters


 

 

 

15
9
0
13
0
You will be interested