Insan & Komuniti 17 Nov, 2023

Siri jelajah Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi! Bukti Pahang pentingkan kelestarian alam sekitar!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

Peserta bergambar beramai-ramai selepas tamat program di Taman Bukit Bendera, Mentakab.


Siri jelajah Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi telah berjaya berjaya mencapai tujuannya dalam memenuhi hasrat negara bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). 

Program ini juga selaras dengan visi Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan  Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang berhasrat menjadikan Pahang sebagai negeri yang mementingkan kelestarian alam sekitar.

Program sehari dengan pelbagai aktiviti ini telah bermula sejak awal bulan ini di beberapa lokasi terpilih di setiap daerah dan mendapat sambutan menggalakkan kalangan masyarakat terutama golongan remaja dan belia.



Program ini diharap dapat menjadi pencetus atau 'turning point' dalam usaha menjaga kelestarian alam sekitar, khususnya dalam kalangan belia.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Suris Mihat ketika merasmikan program berkenaan di Taman Bukit Bendera, Mentakab pada 11 November lalu berkata, program itu sangat bertepatan dengan SDG dari segi penjagaan kebersihan alam sekitar atau 'environment protection' dan kemampanan bandar khususnya di semua daerah di negeri ini termasuk Temerloh.

“Pada hemat saya program ini sangat memberi manfaat dari segi memberi kesedaran kepada orang ramai. Justeru, program seumpama ini wajar diteruskan dan boleh ditambah baik lagi termasuk memasukkan eleman bandar selamat, pelancongan dan sebagainya menerusi pameran SDG.

"Usaha yang digerakkan oleh Yayasan Pahang (YP)  ini disifatkan sebagai langkah ke hadapan dalam menyedarkan orang ramai berkaitan kesan perubahan iklim akibat gangguan terhadap ekosistem alam sekitar," katanya. 


Suris Mihat
Suris berkata, program itu bukan sahaja dapat menjadikan Pahang sebagai negeri yang mengutamakan kelestarian alam sekitar, malahan dapat menjadikan negeri ini terkenal sebagai sebuah negeri bersih dan menjadi pilihan pelancong dalam serta luar negara.

"Program ini akan memberi satu impak yang lebih positif bukan sahaja dalam kawasan taman perumahan tetapi dalam bandar secara umumnya sekali gus terkenal sebagai sebuah negeri yang bersih hingga mampu mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan pelancong," katanya.


Peserta menanam pokok sempena program anak muda Pahang Sayang Bumi.
Program anjuran YP itu dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Majlis Belia Negeri Pahang dan Kolej Yayasan Pahang Advanced Education (KYPAS).

Antara aktiviti sepanjang program ialah senamrobik, menanam pelbagai jenis pokok hiasan dan buah-buahan, pertandingan mewarna ceramah, pameran dan pemeriksaan kesihatan dan gotong royong membersih kawasan persekitaran lokasi program. 

Program yang diadakan serentak setiap Sabtu bermula 4 November 2023 lalu di beberapa lokasi terpilih termasuk di Taman Projek Perumahan Rakyat untuk Disewa (PPRS) Pinggiran Putra dan Taman Tasik Paya Besar, Kuantan; Masjid Kampung Durian Sebatang, Raub; Taman Tasik Teratai, Jerantut; Pantai Tanjung Gosong, Pekan; Taman Tasik Maran dan Taman Bukit Bendera, Mentakab. 


Suris Mihat menurunkan tandatangan sebagai tanda kenangan.

Lokasi terakhir program ini akan diadakan di Cameron Highlands dengan acara kemuncak perasmian dilakukan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada akhir bulan November 2023 ini.

Ternyata program ini amat berfaedah dalam memberi kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem alam semula jadi. 

Semoga ia berjaya membuka minda masyakarat dan pihak-pihak tertentu dalam memperkasakan program ini dengan lebih meluas. - KitaReporters


Seorang peserta menyiran anak pokok yang baru ditanam sempena program Anak Muda Pahang Sayang Bumi.

11
6
0
8
0
You will be interested