Insan & Komuniti 16 Aug, 2022

Video| Demimu anak! Ayah terjun ke tasik selamatkan anak perempuan! Tindakan spontan dapat pujian!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Inilah ungkapan paling sesuai digunakan untuk membuktikan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. 

Dalam satu video yang tular dalam Tiktok milik Wan Putri Shazleen, memperlihatkan seorang anak kecil terjatuh ke dalam sebuah tasik dan tindakan spontan daripada ayahnya yang terus terjun ke bawah untuk menyelamatkan anaknya itu harus diberikan pujian kerana ia satu tindakan pantas dan cukup berani


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan seorang ayah



Dalam video itu juga kita boleh lihat, seorang ayah tidak memikir panjang demi keselamatan anaknya dan sanggup lakukan apa sahaja demi seorang anak yang disayangi. 

Tindakan pantas ayahnya itu telah mendapat pujian daripada netizen dan mereka juga bersyukur kerana anak dan bapa selamat serta tiada perkara tidak diingini berlaku. 

Menurut Shazleen, anak itu terjun ke bawah tasik kerana tertarik dan ingin tangkap ikan tersebut. 



Netizen juga bersyukur kerana keadaan air yang tidak begitu dalam memudahkan lagi ayahnya menyelamatkan anaknya itu. 

Kita mengharapkan selepas kejadian ini, pihak berwajib dapat memantau keadaan di kawasan itu dari segi keselamatan dan dapat tambah baik demi keselesaan para pengunjung agar mereka rasa lebih selamat untuk bawa anak kecil datang berjalan-jalan di kawasan tersebut. - KitaReporters









15
17
0
8
0
You will be interested