Insan & Komuniti 22 Aug, 2022

Video| Jangan pandang sebelah mata! Powerlah mak cik tukang cuci Masjid Negara ni! Petah 3 bahasa!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


JANGAN sesekali pandang rendah kepada mereka yang berkhidmat sebagai pencuci atau jadi pekerja am atau pekerja buruh, adakalanya mereka ini lebih bijak daripada kita dalam diam-diam tanpa kita tahu.

Dalam sebuah video 45 saat, tular seorang pencuci wanita yang dilihat boleh bertutur dalam tiga bahasa sambil memegang sebatang mop dan memberi penerangan kepada pelancong Jepun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kisah-kisah yang megagumkan


Beliau dilihat sedang mengajar pelancong Jepun tersebut untuk menggunakan tatabahasa dalam pengunaan bahasa Melayu tetapi diterangkan dalam bahasa Jepun, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan sangat fasih.

Wanita ini sangat fasih untuk menukar 3 bahasa ini semasa memberi penerangan sambil bertutur. 

"Sudah makan... sudah tidur. You just add the word 'sudah'. Sangat senang", semasa memberi penerangan kepada pelancong Jepun untuk ayat tidur," katanya dlam sesi penerangan itu.




Wanita ini kelihatan sangat ramah semasa memberi layanan kepada pelancong Jepun yang membuat lawatan ke Masjid Negara baru-baru ini.

Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa sangat pelik bagaimana beliau boleh bertutur dalam tiga bahasa dengan sangat fasih tanpa pelat

Ada juga netizen yang berpendapat bahawa jangan kita memandang rendah dengan pekerjaan seseorang walau apa yang diusahakan demi untuk mencari rezeki. 

Paling penting sebagai manusia kita perlulah saling hormat menghormati antara satu sama lain. - KitaReporters


16
17
0
9
0
You will be interested