Dua nelayan
di Kampung Matang Gelugor, Bukit Gantang bersyukur kerana mendapat bantuan
bencana alam daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Bantuan itu dapat meringankan beban untuk membaik pulih rumah yang rosak akibat bencana banjir pada Oktober 2025 lalu.

Jamaludin
Mat Din, 72, berkata, kejadian banjir berlaku
dengan pantas dan banyak peralatan dalam rumah rosak tidak dapat diselamatkan.
“Sebahagian
dinding dapur rumah saya telah roboh akibat dilanda air banjir yang datang
dengan laju.
“Saya
bersyukur dan berterima kasih kepada LKIM yang membantu meringankan beban saya
untuk membaik pulih bahagian dapur,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan
sumbangan di Kampung Matang Gelugor, Matang, Perak pada 12 Januari 2026.
Nelayan Mohd
Saad Mad Jenin, 67, pula berkata, sebahagian depan rumah beliau telah roboh akibat
dilanda air banjir.
“Air banjir
datang laju dari depan rumah saya menyebabkan berlaku lubang besar dan
sebahagian dinding rumah telah roboh.
“Air banjir
datang dari depan rumah dan lintas jalan lalu melanda rumah saya,” katanya.
Kedua-dua mereka menerima bantuan RM2,000 hingga RM7,000 daripada Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak Ahmad Zulkifli Ismail.

Sementara itu, Ahmad Zulkifli berkata, pihaknya akan melaksanakan program jualan ikan murah lebih 30 kali di 12 daerah di negeri ini untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
Beliau
berkata, ia sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial (SR) dalam memastikan bekalan ikan berkualiti dengan
harga berpatutan.
“Kita laksanakan sepanjang tahun ini untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Ikan yang dijual terdiri daripada pelbagai jenis dan dengan harga yang berpatutan.
“Kita telah
mulai mempromosikan lokasi jualan yang
diadakan melalui platform media sosial rasmi LKIM agar maklumat sampai kepada
orang ramai,” katanya.
Ditanya pula mengenai stok bekalan ikan, Ahmad Zulkifli berkata, stok bekalan ikan untuk musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri tahun 2026 ini mencukupi.

Dalam pada itu, majlis penyerahan Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan, LKIM
turut menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM30,550 kepada 32 mangsa bencana
alam, khairat kematian dan masuk wad kepada enam Persatuan nelayan Kawasan
(PNK).
Daripada
jumlah itu, 13 orang dari PNK Manjung Utara, PNK Manjung Selatan (7), PNK
Kerian (5), PNK Matang (5) dan PNK Sungai Ting (seorang).
Sepanjang tahun 2025, LKIM telah menyalurkan peruntukan di bawah Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan berjumlah RM228,100 kepada 266 orang nelayan di seluruh Perak. -KitaReporters
