Insan & Komuniti 16 Jul, 2025

RM6.3j untuk warga Tambun! Peruntukan khas PM! Projek Infrastruktur Madani dan Program Madani Rakyat!

@abdul razak din
Wartawan selama lebih 30 tahun, bekas wartawan Utusan, bekas Penolong Pengarang Ekonomi, bekas Penolong Pengarang Suplemen, bekas Pengarang Prosesan Utusan Malaysia (razakdin939@hotmail.com)

Share this


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan peruntukan khas Perdana Menteri sebanyak RM6.3 juta kepada warga Parlimen Tambun pada Karnival Kesenian Islam Dan Malam Mahabbah Madani.

Peruntukan terbesar itu adalah untuk Projek Infrastruktur Madani (Prisma) di bawah Kementerian Kewangan tahun ini (2025) yang sebanyak RM2.6 juta. Di samping itu, Projek Madani Rakyat (PMR) pula diperuntukkan sebanyak RM2 juta.
Tidak ketinggalan, bagi tujuan projek-projek pembangunan pula sebanyak RM1.781 juta disediakan.
Anwar juga menyampaikan peruntukan khas bagi membaik pulih Balai Polis Tanjung Rambutan sebanyak RM70,000. 

Sumbangan peruntukan Perdana Menteri juga merangkumi RM2,000 bagi setiap 19 sekolah bagi mengimarahkan program kesenian Islam. Tidak lupa juga sumbangan sebanyak RM3,000 merangkumi 15 sekolah menengah untuk tujuan yang sama.




Penyampaian itu dilakukan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim pada Karnival Kesenian Islam Dan Malam Mahabbah Madani Parlimen Tambun pada malam 14 Julai 2025 di Masjid Jamek Al- Amin, Kampung Lata di Tambun, Ipoh, Perak.
Lebih 10,000 orang hadir pada majlis tersebut, sekali gus menjadikannya sangat meriah dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Majlis yang julung kali diadakan itu turut dihadiri ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad serta tetamu kehormat yang lain.




Karnival ini diadakan untuk mengangkat aspirasi Malaysia Madani dengan semangat keterangkum dan keharmonian tanpa mengira latar belakang untuk sama-sama membina sebuah komuniti yang sejahtera dan bersatu.

Program yang berlangsung seawal 5.30 pagi 14 Julai 2025 itu dimulakan dengan program "Geng Subuh Macam Jumaat" dengan disertai 1,500 jemaah.
Lebih menarik lagi apabila pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menjadi imam solat subuh itu yang turut disertai selebriti tanah air seperti Nabil Ahmad, Angah Raja Lawak dan Qawiyaro.
Acara sampingan termasuklah Tambun Fun Run sejauh 5 kilometer, Kenduri Rakyat, demonstrasi khat, penyalinan serta percetakan al-quran, dan persembahan nasyid oleh kumpulkan Raihan, UNIC dan Mirwana.
Penduduk Tambun juga berpeluang bertemu dengan selebriti Neelofa dan suaminya, PU Hariz. - KitaReporters

16
10
0
10
0
You will be interested