Insan & Komuniti 07 Mar, 2026

Tolong kami! Bantu keluarga susah! Anak Perlis di UK hulur sumbangan! Pengasas As-Safa turut bantu!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Dalam serba kekurangan, sepasang suami isteri muda di sebuah kampung, Kampung Baru Tambun Tulang di Perlis terus cekal membesarkan dua anak termasuk seorang anak yatim perempuan berusia sembilan tahun yang dipelihara sejak beberapa tahun lalu.


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul untuk keluarga ini.

Di ruang sempit rumah kayu ini, kasih sayang menjadi kekuatan utama.

Lebih menyentuh hati, ibu kepada keluarga tersebut, Nur Shafiqah Mat Nor, 29, merupakan pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori fizikal yang tetap gigih mengurus rumah tangga walaupun berdepan kekangan kesihatan.

Pasangan berkenaan yang hanya bergantung kepada kerja kampung serta upah harian tidak pernah menjadikan kesempitan hidup sebagai alasan untuk mengabaikan amanah besar yang digalas.

Walaupun pendapatan sekadar cukup untuk keperluan asas, kasih sayang dan tanggungjawab terhadap anak-anak tetap menjadi keutamaan mereka.


Nur Shafiqah Mat Nor 29, merupakan pemegang Kad OKU kategori fizikal.


Difahamkan, pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan bantuan untuk meringankan beban keluarga, namun masih terus menemui jalan mudah.

Namun bagi pasangan ini, mengalah bukan pilihan. Mereka terus berusaha demi memastikan masa depan anak-anak di bawah jagaan terus terbela walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran hidup.


Di dapur sederhana ini, kasih dan tanggungjawab menjadi nadi kehidupan.

Kisah ketabahan keluarga itu menyentuh hati ramai penduduk kampung yang kagum dengan keikhlasan mereka memelihara anak yatim seperti darah daging sendiri.

Lebih menyentuh perasaan apabila keprihatinan datang dari jauh.

Naib Johan Tokoh Belia Negeri Perlis, Muhammad Saniy Samsudin, yang kini melanjutkan pengajian Sarjana Kewangan di University of Warwick United Kingdom dengan biasiswa Yayasan Khazanah, tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan.

Walaupun berada ribuan kilometer di perantauan, anak muda itu tidak pernah melupakan tanah tumpah darah keluarganya.


Walau jauh di perantauan, jiwa dan hati Muhammad saniy Samsudin tetap terpaut pada tanah air dan menghulurkan sumbangan pada bulan Ramadan ang mulia ini.

Roziana Saad (kanan) menghulurkan sumbangan sempena Ramadan bagi meringan beban keluarga ini.

“Saya mungkin dilahirkan di Kedah, tetapi jiwa Perlis sentiasa dekat di hati kerana ayah berasal dari sini.

“Didikan dan pesanan beliau sentiasa menjadi pegangan hidup saya. Sumbangan kecil ini tanda tanggungjawab saya kepada masyarakat,” katanya.

Sumbangan tersebut disampaikan melalui ibunya  Roziana Saad , kepada keluarga terbabit.


Md Roslan Mohammad Jaafar sentiasa komited memimpin dengan hikmah serta mendahulukan kebajikan jemaah dan ummah.


Sementara itu, keprihatinan turut dizahirkan oleh Pengasas As Safa Travels and Tours, Md Roslan Mohammad Jaafar, yang juga pengendali umrah dan pelancongan Islam.

Beliau turut menyumbangkan barangan keperluan dapur bagi membantu meringankan beban harian keluarga berkenaan.

Penduduk setempat berharap lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan supaya masa depan dua insan kecil itu terus bersinar.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan kepada:

  • Nama: Nur Shafiqah Mat Nor
  • Status: Pemegang Kad OKU (Kategori Fizikal)
  • No. Akaun BSN: 0912 8290 0008 2074
  • Alamat: Kepala 10 Kampung Baru Tambun, Tulang, 02600 Arau, Perlis
  • Hubungi: 011-1659 7693 - KitaReporters


Di beranda rumah kayu yang uzur ini, sebuah keluarga kecil terus bertahan dengan penuh kesabaran dan harapan.

11
15
0
8
0
You will be interested