Insan & Komuniti 17 Dec, 2025

Berlumpur, gelak tawa, ukhuwah! Program Kampung Angkat Madani, Sekolah Angkat Madani JPA beri makna!

Share this

Inisiatif mewujudkan program Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM) jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2025 yang telah diadakan pada 13 Disember 2025 di Kampung Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ternyata berjaya dilaksanakan dengan impak yang bermakna dan mampan.


Beberapa peruntukan turut disampaikan pada program KAM dan SAM.
Antara peruntukan yang turut disampaikan pada program Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani di Kampung Seri Menanti, Kuala Pilah pada 13 Disember 2025.

Usaha ini memperlihatkan komitmen JPA dan Kerajaan Madani dalam memperkasa komuniti serta memperkukuh pembangunan holistik berteraskan rakyat.

Mengoca tangkap ikan, tangkap itik, basikal titi, gusti bantal, baling tin, tarik tali dan titi hayun di kawasan bendang Perkampungan Budaya Terachi terus terpelihara dan menjadi acara yang paling menarik.

Walaupun masing-masing berlumur lumpur, gelak ketawa, ukhwah dan semangat kerjasama menjadikan program ini lebih bermakna.


Acara menarik mengimbang diri menaiki basikal di atas titi.

Jika tersilap langkah maka penuh lumpurlah badan jika terjatuh.

Semoga tradisi warisan desa ini terus diamalkan dan diwariskan kepada generasi masa hadapan agar seni kehidupan kampung yang penuh nilai murni ini tidak hilang ditelan zaman.

Majlis penutupan rasmi KAM dan SAM JPA 2025 turut dimeriahkan dengan kehadiran pengurusan tertinggi JPA, rakan strategik serta jabatan dan agensi pada peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

Keseluruhannya program ini mencerminkan aspirasi Malaysia Madani yang seimbang dan menyeluruh demi kesejahteraan rakyat. - KitaReporters


Baling tin yang merupakan tarikan warisan desa suatu ketika  dahulu.

Mengoca ikan sehingga terpaksa mandi lumpur.

Satu lagi tarikan menangkap itik dalam bendang.

10
15
0
13
0
You will be interested