Insan & Komuniti 24 Jan, 2026

Kenapa nak tukar nama? Jalan Pantai Bersih kepada Dragon Temple Lane! Hampir 500 penduduk demo bantah!

Share this

"Nama Jalan Pantai Bersih dah sebati dengan nama tempatan, kenapa pula nak tukar ke Dragon Temple Lane?" 

Soal Akbar Khan Abdul Hamid yang turut sama berdemo membantah cadangan menukar nama 'Jalan Pantai Bersih' ke 'Dragon Temple Lane' pada 22 Januari 2026.


Sebahagian daripada penduduk sekitar kawasan Jalan Pantai Bersih turun padang memprotes cadangan penukaran nama jalan tersebut.

Akbar Khan Abdul Hamid (kanan) turut hadir membantah cadangan penukaran nama Jalan Pantai Bersih kepada Dragon Temple Lane. 

Cadangan sesetengah pihak yang diuar-uarkan sebelum ini untuk menukar nama Jalan Pantai Bersih, Bagan Ajam di Butterworth menyebabkan hampir 500 penduduk sekitar kawasan terbabit turun padang memprotes cadangan tersebut.

Malah mereka turut mempertikai cadangan sesetengah pihak untuk menukarkan nama bahasa Melayu tersebut ke bahasa lain yang tidak langsung mencerminkan keperibadian tempatan.

Suasana hiruk pikuk petang tersebut berjalan dengan lancar dalam suasana aman dengan pemantauan pihak keselamatan.


Penduduk serta pertubuhan bukan kerajaan yang turut hadir membuat bantahan secara aman.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata sebarang pertimbangan penamaan jalan perlu mematuhi Garis Panduan Penentuan Nama Geografi Malaysia Edisi Ketiga termasuk keperluan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan nama 'Dragon Temple Lane' tidak mematuhi garis panduan tersebut. - KitaReporters


Penduduk menzahirkan ketidakpuasan bersama-sama mereka melalui pelbagai jenis sepanduk.

16
9
0
11
0
You will be interested