Insan & Komuniti 22 Oct, 2024

Video| Untukmu sahabat! Rakan sekelas kumpul duit bantu kawan yang susah! Hadiahkan sebuah basikal!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Dalam hidup bermasyarakat, kita wajar mengetahui kehidupan individu lain dan saling membantu jika keadaan memerlukan.

Konsep hidup bermasyarakat itu cuba dilakukan oleh pelajar Tingkatan 4, dikenali sebagai kelas X-10 di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 1 Karanganyar, Kebumen, Jawa Tengah.

Para pelajar kelas itu membuat sumbangan amal terhadap rakan sekelas dikenali sebagai Romsi Saputro, 15.



Walaupun, mereka rata-rata daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah, namun tetap ingin berbakti.

Lalu mereka menggunakan  sebahagian wang belanja persekolahan untuk membeli sebuah basikal untuk rakan sekelas mereka itu.

Romsi adalah dari keluarga kurang mampu. Dia terpaksa bangun awal pagi untuk berjalan kaki dari rumahnya yang berjarak kira-kira 5 kilometer. 

Kalau bernasib baik dia dapat menumpang basikal atau motosikal rakan. Apabila tiba di sekolah Romsi kelihatan kurang bertenaga. 



Kasihan melihat keadaan Romzi yang boleh menjejaskan pelajarannya telah membuatkan rakan-rakan sekelas mengumpul duit untuk menghadiahkan sebuah basikal bagi kegunaan untuk pergi dan balik sekolah.

Mereka membuat majlis serahan di sebuah kawasan di sekolah itu tanpa memberitahu Romsi.

Romsi yang menerima kejutan tidak menyangka menerima sumbangan itu dan berasa terharu serta berterima kasih akan keprihatinan rakan-rakan sekelas.



Ayah Romsi merupakan buruh tani, sementara emaknya pula hanya suri rumah. Kerana itu dia selama ini tidak mampu memiliki basikal.

Video yang mulanya dimuat naik oleh akaun TikTok @sriharyati999 kini tular dalam sejumlah media sosial, media cetak dan media elektronik di Indonesia.

Ramai netizen yang memuji usaha rakan sekelas membelikan basikal untuk teman sekelas, sekali gus memperlihat semangat persahabatan dan persaudaraan yang kuat. - KitaReporters



14
11
0
17
0
You will be interested