Gaya Hidup 12 Jan, 2021

PINTAR! 222 pemegang PhD sokong Agong isytihar darurat! Tolak adakan PRU15 dalam masa terdekat

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan bekas pemimpin pelajar, bekas pegawai sektor awam, korporat & komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. Bekas editor portal berita dan pegawai khas.

Share this

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah disifatkan sebagai benar-benar seorang Raja Melayu yang bijaksana dan mempunyai hati yang luhur apabila tidak sanggup melihat rakyat jelatanya berada dalam keadaan huru hara. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Yang di-Pertuan Agong:

https://kitareporters.com/search?search=Yang+di-Pertuan+Agong


Pengisytiharaan Proklamasi Darurat yang dilakukan pada 12 Januari 2021 membuktikan bahawa Tuanku tidak mahu sebarang gangguang terhadap pentadbiran kerajaan dalam menjalankan amanah mereka bagi menyelamatkan nyawa rakyat pada kala pandemik COVID-19 sedang rancak menyerang kita.

Keputusan ordinan darurat ini telah mendapat sokongan yang pelbagai daripada kumpulan masyarakat yang berbilang. Rata-rata mereka melihat perkara ini suatu yang positif dan menjadi dalil utama sejauh mana pihak pemerintah negara amat mengutamakan nyawa rakyat negara ini.



Antara pihak yang tampil membuat kenyataan sokongan terhadap Pengisytiharan Proklamasi Darurat ini ialah 222 orang pemegang Ijazah Doktor Falsafah atau PhD dari pelbagai bidang kepakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, mereka yang bergerak atas nama Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) menzahirkan rasa kagum dan bangga dengan kebijaksanaan Tuanku.

Presidennya, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor menganggap Yang di-Pertuan Agong memiliki kebijaksanaan tersendiri apabila membuat keputusan membenarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dalam usaha melandaikan kes positif COVID-19 di negara ini.


DR MOHD ROSLAN MOHD NOR


"Merafak sembah takzim dan menyatakan sokongan penuh terhadap kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memberi perkenan terhadap keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif COVID-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak bulan Disember lalu.

"Menyanjung tinggi keputusan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait selain memberi budi bicara kepada Jawatankuasa Bebas ini untuk mengesyorkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal daripada tempoh pelaksanaan darurat yang ditetapkan, sehingga 1 Ogos 2021," katanya dalam satu kenyataan media pada hari ini, Selasa, 12 Januari 2021.



222 orang pemegang PhD ini juga turut menolak serta mengecam sebarang cadangan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 (PRU15) dilangsungkan dalam waktu terdekat.

Ini selaras dengan kegusaran baginda Al-Sultan Abdullah terhadap kenaikan mendadak angka jangkitan COVID-19 dan kesan bencana banjir di negara ini yang sekiranya tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan maka ianya akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Golongan cerdik pandai ini juga turut meminta semua pihak agar tidak mempersoalkan pandangan Yang di-Pertuan Agong mengenai situasi dan keadaan penularan wabak maut berkenaan.


Kredit info grafik: Bernama


"Semua pihak tidak mempersoal apalagi mencabar pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan," tambah Mohd Roslan lagi.

Menurut beliau juga, kenyataan menyokong penuh ordinan darurat ini bukan sahaja sekadar 222 orang pemegang PhD yang berada di dalam pertubuhan ini semata-mata, sebaliknya beliau difahamkan lebih ramai para pemegang ijazah PhD yang ingin menyatakan pandangan dan sokongan mereka terhadap pengisytiharaan ini. - KitaReporters

You will be interested

Sultan Terengganu perkenan! Solat Jumaat 40 orang! Solat fardu 12 orang! Semasa tempoh PKP 2.0

Masjid dan surau di Terengganu dibenarkan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah sepanjang PKP bermula 22 Januari 2021 dengan bilangan jemaah yang ditetapkan

Mohammad Ishak in Gaya Hidup 5 days ago

Video| Impian Layla Sania tercapai! Lahirkan single bahasa Mandarin pertama, single ketiganya

Impian Layla Sania tercapai apabila lagu By Your Side disempurnakan sebagai single ketiganya tetapi pertama dalam bahasa Mandarin di bawah label Warner Music
Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago

PKP: Beringat la awang wehh! Kompaun RM1,000! Jalan tikus dah tak selamat! Ada 25 sekatan jalan

Jalan tikus sebagai laluan alternatif bagi elak Sekatan Jalan Raya (SJR) dah tidak lagi selamat. Polis Terengganu juga tambah jumlah SRJ daripada 5 kepada 25
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 3 days ago

Netizen kongsi status, gambar lucu dalam Facebook! Mampu redakan tekanan PKP 2.0! Haaa masuk!

Idea kreatif, rekaan kata jenaka dan lucu dalam pelbagai situasi mampu redakan tekanan perasaan. Ini bagi hilangkan tekanan berkurung dalam rumah akibat PKP 2.0
Ainal Marhaton Abd Ghani in Gaya Hidup 3 days ago

Ditayang di Astro First! Khabir Bhatia kembali Kerana Korona! Hasilkan filem tiga dalam satu

Kabir Bhatia kembalikan semula gandingan mantap Rita Rudaini dan Rashidi Ishak. Turut berlakon Ummi Nazeera, Shasha Abedul, Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar
Fariza Saidin in Gaya Hidup 4 days ago