Gaya Hidup 06 Jan, 2021

Setuju atau tak? Cara ibu ini didik anak mengenai wang dapat perhatian! Ada unsur upah, denda

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan juga pernah bertugas di majalah Variapop. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf.

Share this

MEMANG wang bukan segala-galanya dalam kehidupan atau rumah tangga tetapi ia tidak boleh dipandang enteng. Wang antara perkara yang menentukan kebahagiaan sesebuah kehidupan. Ia tidak boleh dinafikan! Namun, jangan sampai kita menjadi hamba wang kerana ia akan merosakkan kehidupan. : KitaReporters


Setiap didikan yang diberi oleh ibu bapa pastinya berbeza mengikut tingkah laku anak-anak.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan wang:

https://kitareporters.com/search?search=wang


Wang seandainya bijak diurus, ia menjadi sesuatu yang sangat berharga. Contohnya seorang ibu dari Indonesia ini menggunakan cara kreatif mendidik anak mengenai wang

Kreativitinya itu mendapat perhatian netizen. Lapor laman Instagram Makassar-iinfo, cara ibu tersebut mendidik anak-anaknya harus dicontohi.


Kreativiti yang diterapkan ini membantu anak-anak menghargai susah payah mencari wang.


Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsi, anak-anaknya akan mendapat wang sekiranya melakukan perkara-perkara yang disenaraikan seperti solat, mengaji dan mandi sendiri.

Namun sekiranya si anak melakukan perkara yang dilarang seperti menangis, tidak mendengar kata orang tua dan tidak mahu mandi, maka wang akan diambil kembali.


Namun ada yang mendakwa cara ibu ini membuatkan anak-anak tidak ikhlas melakukan pekerjaan.


Selain itu juga si ibu menyediakan ‘kedai runcit mini’ untuk anak-anak membeli makanan ringan. Sekiranya si anak berminat, maka mereka perlu membayarnya.

Didikan seperti ini bukan sahaja mendisiplinkan anak-anak tetapi menjadikan mereka mahir mengira dan tahu erti susah payah mendapatkan wang.


'Kedai runcit mini' mama mengajar anak-anak sekiranya mahu mendapatkan sesuatu, kena bekerja-keras mendapatkan wang.


Seperti biasa ada netizen yang setuju dan sebaliknya terhadap cara ibu ini mengajar anak-anaknya. Namun dilihat daripada komen yang ditinggalkan, kebanyakan netizen tidak setuju cara tersebut.

Menurut salah seorang netizen, dia memandang dari dua sudut yang berbeza iaitu positif dan negatif.

“Ada kesan positif ada juga negatifnya. Contoh kesan negatifnya si anak nanti akan menganggap segala sesuatunya harus dibayarkan dengan wang sehingga berkemungkinan melupakan faktor keikhlasan dalam melakukan sesuatu,” tulisnya.

Menurut netizen ini, cara tersebut mempunyai kesan positif dan negatif. 


Manakala seorang lagi tidak mahu mengikuti cara ibu berkenaan mendidik anak-anaknya.

“Tak mahu pakai cara ini. Esok-esok kalau tak ada wang, pasti anak akan tuntut wang. Biarlah mereka melakukan atas keinginan bukan kerana wang,” ujarnya.


Masing-masing ada cara tersendiri mendidik anak-anak. Sama ada mahu mengikuti cara wanita ini, terpulang pada diri sendiri. 

Sudah pasti setiap ibu bapa tahu dan arif tentang tingkah laku anak-anak mereka. - KitaReporters

1
1
0
1
0
You will be interested

Video| Takut kena saman? Cuba ini! Wanita guna coli, seluar dalam tutup nombor plat motosikal!

Gara-gara takut kena tindakan atas kesalahan trafik, seorang penunggang motosikal tutup nombor plat gunakan coli warna kelabu, seluar dalam warna merah jambu

Video| Syabas Ayez Shaukat-Fonseka! Ahli gusti Malaysia muncul di TV Amerika! Reality of Wrestling!

Ayez Shaukat-Fonseka Farid berada di Texas, Amerika Syarikat untuk terbabit dalam 6 episod rancangan Reality of Wrestling bagi tayangan di televisyen negara itu
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 10 hours ago

Video| Puteri Sarah vs Ira Kazar! Saman selepas 4 tahun diam diri, pulang umrah, solat istikarah!

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akhirnya ambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar sebagai orang ketiga yang ganggu rumah tangga dan kehidupannya
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 17 hours ago

Tolong kami! Bantu Ooi Eow Jin! Perlu rawatan Alzheimer! Anak hidapi tumor otak! Positif Covid-19!

Sebak hati tatkala menatap foto Ooi Eow Jin, 84, dan anaknya, Raymond Ooi, 57. Eow Jin hidap Alzheimer, manakala Raymond hidap tumor otak. Kini positif Covid-19
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 1 day ago