Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba. - Kredit foto: Sinar Harian.
SERAMAI 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sehingga Jumaat, 16 April 2021.
Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, dalam tempoh sama seramai 687,176 individu
menerima suntikan dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin Covid-19
yang telah diberikan kepada penerima di seluruh negara sebanyak 1,125,396 dos.
“Lima negeri
yang mencatatkan bilangan terbesar penerima dos pertama ialah Selangor
(97,416), Kuala Lumpur (78,086), Sarawak (67,624), Johor (63,295) dan Perak
(56,295).
“Manakala lima
negeri yang merekodkan jumlah tertinggi penerima yang telah melengkapkan dos
vaksin mereka setakat ini ialah Selangor dengan 63,126 individu, Perak
(48,795), Sabah (43,033), Kuala Lumpur (38,642) dan Sarawak (33,291),” katanya
yang dipetik oleh Bernama pada Sabtu, 17 April 2021.
Mengenai
jumlah mereka yang mendaftar untuk program imunisasi itu, Dr Adham berkata
seramai 8,902,528 orang atau 36.4 peratus daripada yang disasarkan telah
mendaftar, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,347,091. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter