Seni & Sukan 16 Sep, 2021

Baik pulih padang SNBJ RM10 juta! TMJ kata tak masuk akal! Menteri, Tony bercanggah kenyataan!

@rodly fadly
Memulakan kerjaya kewartawanan bersama Mingguan Perdana dan Harian Nasional pada 1983. Pada 1984-1991 menyertai Kumpulan Karangkraf sebagai Pengarang Arena Bolasepak dan Mingguan Sukan sebelum ke Berita Harian (1991-1997). Pemenang Anugerah Penulis Sukan Terbaik Malaysia 1986. Kini penulis bebas.

Share this


ISU kos baik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi topik panas dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membangkitkan persoalan mengenai kewajaran kos RM10 juta yang bakal dibelanjakan untuk tujuan itu.

Menerusi rancangan Bola@Mamak pada Isnin, 13 September 2021, Tunku Ismail yang merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mendedahkan beliau dimaklumkan mengenai kos berkenaan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Sambil menyifatkan kos itu sebagai tidak masuk akal, Tunku Ismail  menjelaskan beliau hanya membelanjakan RM1.4 juta untuk membina padang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Stadium Nasional Bukit Jalil



Saya buat RM1.4 juta saja. Saya pakai Zoysia. Kosnya tetap sama, paling mahal pun RM1.5 juta, takkan ada lebih mahal daripada itu. Kenapa jadi sampai RM10 juta?"


“Saya berbual dengan menteri KBS baru-baru ini dan (beliau) tanya berapa kos saya buat padang. Dia terperanjat apabila saya cerita kos padang kerana dia dapat tawaran buat padang baharu di Bukit Jalil yang sama seperti ini, RM10 juta. Banyak sangat orang nak ‘mark up’

“Saya buat RM1.4 juta saja. Saya pakai Zoysia. Kosnya tetap sama, paling mahal pun RM1.5 juta, takkan ada lebih mahal daripada itu. Kenapa jadi sampai RM10 juta?

“Untuk kos penyelenggaraan pun, tidak lebih RM300,000 setahun. Kalau ada orang nak selenggara padang perlukan berjuta-juta, itu cerita dongeng,” katanya.


Tunku Ismail  membangkitkan persoalan mengenai kos RM10 juta untuk baik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menjadi tetamu program Bola@Mamak.


Namun, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu segera tampil membuat kenyataan bahawa Tunku Ismail tersalah tafsir dakwaan bahawa dana RM10 juta diperlukan untuk menaik taraf padang bola di SNBJ.

Sebaliknya beliau berkata, anggaran kos itu adalah untuk menaik taraf padang di SNBJ serta beberapa stadium utama negara.


Faizal @ Peja akui berbincang dengan Tunku Ismail mengenai padang SNBJ dan padang-padang lain di seluruh negara.


“Memang saya ada berjumpa dengan Tunku Mahkota Johor baru-baru ini berbincang pelbagai perkara, termasuk untuk memperbaiki padang di seluruh negara, bukan untuk stadium di Bukit Jalil sahaja.

“Malah, selepas perjumpaan itu, beliau ingatkan saya lagi untuk naik taraf padang di seluruh Malaysia, banyak padang yang perlu diperbaiki,” katanya.

Begitu pun penafian Faizal itu segera pula mendapat reaksi daripada peminat kerana ia dilihat bercanggah pula dengan kenyataan bekas Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Tan Sri Tony Fernandes pada Mac, 2021 lalu.

Akhbar melaporkan, Tony (yang ketika itu masih menjawat jawatan pengerusi PSM) menyatakan perbadanan itu bakal memperuntukan RM10 juta untuk menggantikan sepenuhnya padang SNBJ.


Kenyataan Tony Fernandes pada 17 mac 2021 mengenai kos baik pulih padang SNBJ yang menelan belanja RM10 juta.


Tony berkata, cadangan itu mendapat persetujuan Menteri Belia dan Sukan (ketika itu), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Projek berkenaan merangkumi penyelenggaraan padang, sistem pengudaraan, saliran, pengcahayaan buatan serta latihan kepada penyelia rumput.

Kenyataan itu jelas membuktikan apa yang dibangkitkan oleh Tunku Ismail adalah benar menyebabkan ramai peminat meragui kenyataan Faizal atau Peja dalam mempertahankan KSB mengenai isu itu. - KitaReporters

14
10
0
22
1
You will be interested