Seni & Sukan 19 Feb, 2022

Video| Kebodohan yang melampau! Bapa wheelie motosikal sambil bawa anak kecil! Akhirnya ditahan!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SEORANG bapa adalah ketua keluarga yang melindungi isteri dan anak-anak dari segala segi. Tetapi berbeza dengan seorang bapa ini yang kelihatan menaiki motosikal dengan aksi yang membahaya membawa anaknya.

Video bapa ini dimuat naik dalam Twitter memaparkan si ayah sedang melakukan 'wheelie' atau aksi mengangkat tayar hadapan sambil membawa anak kecil perempuannya

Gara-gara kebodohan melampau dan nak berlagak itu, si bapa akhirnya ditahan dan disiasat oleh polis. Selain itu, lelaki tersebut juga disaman kerana melakukan kesalahan trafik.


Lagi cerita-cerita aksi bodoh berkaitan perbuatan wheelie


Lebih membahayakan apabila si bapa melakukan aksi yang membahayakan ini tanpa memakai topi keledar.

Video ini telah ditonton oleh ramai warga maya yang meluahkan rasa geram dengan perangai si ayah yang sanggup membahayakan nyawa anak sendiri.

Rata-rata netizen berasa sangat marah akan tindakan si bapa yang sanggup membahayakan nyawa anak dan demi content, semua orang sanggup lakukan perkara yang membahayakan.

Tolonglah sayangi nyawa anak kecil tu, ayah owhhh ayah!!



Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid berkata, lelaki yang membuat wheelie itu sambil memboncengkan anak perempuannya di Taman Impian Emas, Skudai, Johor telah ditahan dan disiasat.

“Suspek bersama seorang kanak-kanak perempuan yang membonceng di hadapan motosikal, membuat aksi ‘wheelie’ dengan mengangkat tayar motosikal hadapan.

“Dia melakukan aksi tersebut untuk meraih perhatian warganet. Aksi tersebut dirakam sendiri oleh suspek menggunakan telefon bimbitnya dengan bantuan rakan sebelum dimuat naik ke laman Facebooknya, Selasa (15 Februari 2022) lalu” katanya dalam kenyataan, pada Khamis 17 Februari 2022.

Beliau berkata, polis mengeluarkan tiga saman terhadap suspek kerana membawa motosikal tiada nombor pendaftaran, kenderaan tidak mengikut spesifikasi, cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi kaledar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (l) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000," tambahnya. - KitaReporters


11
11
0
13
0
You will be interested