Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selebriti
Fara yang lebih mesra dipanggil Fafau, menyatakan demikian dalam entri terbaharu dalam Instagramnya.
"Hari kelima selepas kali terakhir jumpa kontak rapat sila buat ujian saringan di hospital atau klinik yang berdaftar, 'self test' takut tak dapat keputusan yang betul. Masa hari saya nak buat ujian saringan saya dah mula batuk dan pening kepala.
"Nak tunggu keputusan agak mendebarkan, walhal dah selalu buat ujian saringan. Saya kena tunggu 24 jam dan hari esoknya baru pihak hospital hubungi untuk beritahu keputusan," katanya yang turut berkongsi beberapa tip sebaik mengetahui dirinya positif Covid-19.
Menurut Fara, dia pada mulanya enggan berkongsi berita dirinya positif wabak berjangkit itu. Namun disebabkan kes Covid-19 semakin meningkat dia ingin memberi kesedaran kepada orang ramai.
"Mula-mula tak nak kongsi tapi bila fikir kes makin naik, marilah kita saling ingat-mengingati lagi dan lagi. Sebaik dapat tahu diri positif Covid-19, kita kena terus hubungi siapa kontak rapat yang kita jumpa tiga hingga lima hari sebelum kita jalani kuarantin di rumah untuk keselamatan.
"Jangan takut untuk maklumkan pada mereka yang kita positif dan minta mereka buat ujian saringan dan jalani kuarantin di rumah jika perlu,” katanya.
Fafau menyatakan turut mengalami tekanan perasaan dan sensitif.
“Tiga hari sebelum saya positif Covid-19, jiwa agak kacau dan sensitif lain macam. Waktu ini jangan nak buat lawak sangat dengan orang kena Covid-19, isu lambat pun boleh jadi hal tapi sekarang dah okey," ujarnya.
/
Fara Fauzana merupakan antara penyiar radio yang popular di negara ini sejak 2003. Fara mula mencipta nama sebagai penyiar di Radio Era dari 2003-2006.
Namanya sebagai penyiar radio semakin popular apabila bertugas di HotFM selama 10 tahun iaitu dari 2006 hingga 2016. Dia meninggalkan HotFM untuk memberi tumpuan kepada perniagaan.
Bagi menaikkan jumlah pendengar HotFM, pihak pengurusan berjaya memujuk Fara Fauzana untuk kembali bertugas sebagai salah seorang penyiar HotFM secara kontrak. Kemunculan Fara Fauzana Bersama AG Azmeer dan Fad Bocey kembali mampu meningkat pendengaran terhadap segmen pagi etiap Isnin hingga Khamis dari jam 6-10 pagi.
Selain menjadi pengacara radio, Fara juga pernah menjadi pengacara program TV dan berlakon dalam beberapa filem. - KitaReporters