Seni & Sukan 03 Jun, 2021

MB, Exco Johor sumbang 3 bulan gaji untuk tabung bencana negeri! ADUN juga diseru agar sumbang!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this


Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri Johor mengambil keputusan untuk menyumbang tiga bulan gaji mereka ke dalam Tabung Bencana Negeri Johor bermula bulan Jun 2021 ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dalam satu kenyataan media bertarikh 3 Jun 2021 berkata, sumbangan tersebut melibatkan gaji bulan Jun hingga Ogos yang akan digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan kesihatan awam di negeri ini dalam mendepani pandemik Covid-19.

"Keputusan untuk menyumbang tiga bulan gaji ke dalam Tabung Bencana negeri Johor telah dpersetujui barisan exco kerajaan negeri ketika mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri yang diadakan semalam (Rabu, 2 Jun 2021). 

"Sejak diwujudkan setahun lalu ekoran penularan Covid-19, tabung berkenaan telah menerima sumbangan bernilai RM44.83 juta dalam bentuk wang tunai serta  peralatan daripada pelbagai pihak," katanya dalam kenyataan itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Johor


Kenyataan media mengenai keputusan Menteri Besar Johor dan barisan exco kerajaan negeri johor yang akan menyumbang tiga bulan gaji mereka ke dalam Tabung Bencana Negeri Johor.


Sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan menteri Kabinet telah bersetuju untuk menyumbang tiga bulan gaji mereka ke dalam tabung Covid-19 negara diikuti semua exco kerajaan dan Ketua Menteri Pulau Pinang,  Chow Kon Yeow yang akan menyumbang sebulan gaji ke dalam tabung Covid-19 negeri.

Menurutnya, daripada jumlah RM44.83 juta tersebut, sebanyak RM41.65 juta telah digunakan untuk manfaat rakyat di negeri ini.


Kredit foto: FB Jabatan Kesihatan Negeri Johor


Dalam masa sama, Hasni juga menggalakkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk bersama-sama menyumbang sebahagian daripada elaun mereka ke dalam tabung tersebut bagi menambah dana serta meningkatkan kapasiti kesihatan awan di negeri Johor.

"Saya juga menyeru pihak swasta, korporat, selain syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta individu yang prihatin untuk sama-sama menyumbang bagi membantu dan memberi manfaat kepada lebih ramai pihak yang memerlukan.

"Tanggungjawab memutuskan rantaian pandemik Covid 19 ini adalah tanggungjawab semua pihak dan rakyat negeri ini mesti sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan  bagi memastikan kemenangan dalam perang melawan Covid-19 ini," katanya. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested