Gaya Hidup 13 Jan, 2022

Video| Persembahan Nikki separuh akhir GV8 mungkin terjejas!? Masalah kesihatan, masuk hospital!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


SALAH seorang peserta yang dijangka bakal menjuarai Gegar Vaganza 8 (GV8), Nikki Palikat, 36, menghadapi masalah dalam memberi cabaran pada peringkat separuh akhir GV8 Ahad, 16 Januari 2022 ini. 

Ini kerana dia telah ditimpa masalah kesihatan sejak beberapa hari lalu sehingga terpaksa dikejar dan dirawat di sebuah pusat perubatan di Bangsar, Kuala Lumpur mulai pagi Rabu, 12 Januari 2022.

Doktor meminta dia banyak berehat setelah mengalami keletihan dan terpaksa ditahan di wad agar tidak melakukan kegiatan seni menyebabkan dia tidak dapat menghadiri sesi latihan GV8 pada hari esok, Jumaat, 14 Januari 2022 ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkiatan Nikki Palikat


Nikki Palikat terpaksa dirawat dan berehat selama beberapa hari.


Atas nasihat doktor, Nikki terpaksa menolak undangan untuk membuat persembahan bersama Datuk Jamal Abdillah di Majlis Nona Superhero Awards di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya, malam Rabu, 12 Januari 2022.

"Ya dia (Nikki) terlalu penat disebabkan kerja dan komitmen pada GV8. Dia juga ada kena hujan. Jadi disebabkan itu badannya lemah sehingga menjejaskan kesihatannya

"Hari ini (12 Januari 2022) Nikki sepatutnya ada persembahan, tapi doktor cakap kalau boleh jangan ambil risiko. Disebabkan itu dia ditahan di wad. Berapa hari tu doktor tidak maklumkan lagi, “ kata pengurus Nikki, Jeff Wai.


Nikki terpaksa membatalkan kemunculannya dengan Datuk Jamal Abdillah dalam satu persembahan atas nasihat doktor. - Kredit foto: IG nikki palikat


Dalam peringkat separuh akhir nanti, Nikki perlu menyanyikan dua buah lagu iaitu ‘Puncak Kasih’ (Ziana Zain) dan ‘Ikut Rentakku’ (Jaclyn Victor).  

Menurut Jeff Lai, Nikki sudah merancang persembahan yang luar biasa, namun kini persembahannya terpaksa diminimalkan.

Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat, berasal dari Tambunan, Sabah ini boleh menyampai dengan fasih lagu-lagu berbahasa Malaysia, Inggeris dan dialek Dusun dengan baik.


Nikki terpaksa meminda  perancangan asal persembahannya pada peringkat separuh akhir GV8.
Dia terkenal dengan membawakan lagu bernada tinggi yang dikenali sebagai teknik 'whistle register'.

Dia merupakan anak saudara kepada penyanyi dan komposer Jimmy Palikat yang popular dengan lagu ‘Anak Kampung’ yang menjadi fenomena beberapa tahun lalu.

Dia berkahwin dengan pencipta dan pengubah lagu Audi Mok dan mempunyai seorang anak lelaki.

Nikki pernah menyertai pertandingan Malaysia Idol musim 1 terbitan 8TV pada 2004 dan berpeluang merakamkan dua buah album ‘Maharani’ dan ‘Hawa’  pada 2005 dan 2008 terbitan Ning Baizurah. - KitaReporters



13
11
0
15
0
You will be interested

Habis block! Orang pun bayar jugak! Pemakaian tanjak tonton filem Mat Kilau jadi perdebatan hangat!

Terdapat golongan penonton yang mengenakan busana Melayu tradisional berserta tanjak ketika hadir tonton filem Mat Kilau sehingga halang tontonan penonton lain

Stadium Shah Alam home untuk Kelantan FC? Bos Zamburger sedia pajak! Nak bantu selesaikan masalah!

Kecoh dalam media sosial cerita Stadium Shah Alam bakal dirobohkan dan akan dibina semula tapi dalam kapasiti yang sederhana untuk 40,000-50,000 penonton sahaja
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 12 hours ago

Video| Jangan terlalu seronok! Dapat lebih RM12j, filem Mat Kilau belum dapat balik modal! Kenapa?

Mawi keluarkan butir kutipan yang perlihatkan hasil kutipan tiket lebih untungkan pemilik pawagam. Selain itu, menurut Mawi, sesebuah filem dikenakan cukai 25%
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 13 hours ago

Hebatnya! Drama Malaysia The Maid tembusi TV Filipina! Dalam bahasa Tagalog! The Maid 2 menyusul!

Drama bersiri The Maid cipta rekod baharu kerana tembusi pasaran antarabangsa apabila ia kini sudah ditayangkan dalam saluran televisyen popular Filipina, GMA
Fariza Saidin in Gaya Hidup 14 hours ago

Sambutan hebat, Cabaran Memancing Pantai DCZ akan jadi acara bulanan! Usaha kumpulkan pemancing!

Dek sambutan di luar jangkaan itu, acara Cabaran Memancing Pantai DCZ Seaview Seafood Perdana Resort PCB akan diadakan sebulan sekali untuk kumpulkan pemancing
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 15 hours ago