Jangan suka melihat seseorang dari luaran sahaja. Orang yang sering berpakaian kemas tidak semesti berduit, malah hidup sesak. Sebaliknya orang yang berpakaian selekeh tidak semestinya hidup dalam kemiskinan. Sebaliknya mereka jauh lebih kaya daripada orang yang berpakaian kemas.
Sebelum ini ada kejadian orang membeli motosikal secara tunai dengan membawa duit dalam guni. Kini sebuah kereta pula.
Namun apa yang dilaku oleh Mbah Kerto adalah pertama di Indonesia. Pertama kali orang membeli kereta mewah secara tunai dengan membawa duit di dalam guni.
Kisah unik Wak Karto menyebabkan dia yang tinggal di Desa Ranupane, Kecamatan Senduro, Kabupaten Lumajang, Jawa Timur menjadi tumpuan wartawan.
Rupa-rupanya Mbah Kerto yang berusia 103 tahun ini merupakan satu-satunya warga tua yang masih hidup di daerahnya.
Meskipun sudah lanjut usia,, namun kulitnya tidak berkedut seperti orang lanjut usia, Cuma tanda-tanda ketuaan yang biasa melekat kepada orang-orang seusianya, tidak nampak sedikitpun selain rambut dan janggut yang sudah putih.
Dia menanam antaranya kentang, bawang merah dan kobis di ladangnya. Mbah Kerto sebenarnya seorang jutawan petani. Dia pernah memiliki lebih 30 hektar tanah pertanian.
Namun sebahagian besar sudah diserah kepada dua anak angkatnya.Dia kini cuma mengusahakan 6 hektar dengan tanaman kontan.
Dengan tanah yang dimiliki, Mbah Kerto mampu memperoleh 150 tan kentang sekali tuaian dan menghasilkan Rp1.3 miliar (kira-kira RM 350 ribu). Dalam setahun dia membuat tuaian 4 kali.Dia sudah mempunyai dua kereta mewah, tiga kereta pikap dan tiga buah lori.
Mbah Kerto sudah empat kali berkahwin tanpa ada zuriat. Hanya isteri tua tidak dicerai tetapi meninggal dunia lebih awal daripada Wak Kerto.
Walaupun tidak punya zuriatl dua anak angkatnya dianggap anak sendiri yang bakal mewarisi ladang tanamannya.
Selagi bernyawa Wak Karto terus bertani termasuk menyangkul demi menjaga kesihatannya. Wak Kerto menganggap tubuh seperti enjin yang perlu diberi minyak pelicir jika tidak mahu berkarat.