Seorang anggota polis menjadi perhatian apabila gambarnya memberi makan kepada lebih 20 ekor kucing tular selepas dikongsi menerusi Facebook oleh seorang pengguna media sosial. Menerusi perkongsian tersebut, agak lucu melihat si comel itu berbaris dan menjarakkan diri ala 'sosial distancing' semasa menikmati makanan yang disediakan oleh abang polis berkenaan. : KitaReporters
Kucing jalanan sedang 'berbaris' menikmati makanan masing-masing di Pantai Teluk Batik, Perak. - Gambar media sosial
Perkongsian yang dirakam di pantai Teluk Batik, Perak itu dimuat naik dalam Facebook pada Khamis, 26 Mac 2020 dengan mendapat respons positif dalam kalangan warga maya terutama pencinta kucing sendiri.
Rata-rata
mereka memuji sikap terpuji anggota berkenaan yang prihatin terhadap
nasib anak bulus jalanan yang terpaksa 'berlapar' sepanjang tempoh
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak
Covid-19.
Menurut Lans Koperal Isam Bohari, 29, dia menjumpai kumpulan kucing tersebut semasa membuat rondaan di pantai awam itu bersama dua rakan setugas, Lans Koperal Wan Adzlan Wan Ramli serta Lans Koperal Zulhelmi Razani.
Sebahagian kucing jalanan yang sedang menikmati makanan.
Menurut Lans Koperal Isam Bohari, 29, dia menjumpai kumpulan kucing tersebut semasa membuat rondaan di pantai awam itu bersama dua rakan setugas, Lans Koperal Wan Adzlan Wan Ramli serta Lans Koperal Zulhelmi Razani.
Katanya,
kumpulan kucing jalanan itu yang menghampiri mereka tidak henti-henti
mengiau seolah-seolah mahu memberitahu yang haiwan comel itu sedang
kelaparan.
"Kami sampai
sahaja ke kawasan tersebut, lebih 20 ekor kucing berlari ke arah kami.
" Kucing-kucing itu mengiau tidak berhenti dan ketika itu mereka seolah-olah mahu beritahu yang mereka lapar.
"Saya
tidak sampai hati melihat keadaan kucing-kucing itu, jadi saya terus ke
kedai untuk membeli makanan dan datang semula ke pantai tersebut untuk
beri mereka makan," katanya yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.
Anggota polis, Isam Bohari selepas memberi makan kepada kucing jalanan di Pantai Teluk Bati, Perak.
Menurut Isam, kesemua kucing itu sememangnya kelaparan sehinggakan dia terpaksa menambah makanan ke dalam bekas makanan haiwan tersebut.
Katanya,
sebagai pencinta kucing hatinya mudah tersentuh apabila melihat si
comel itu tambahan lagi memikirkan mereka mungkin sukar mencari makanan
kerana tiada kedai dibuka dan pantai itu juga tidak dikunjungi
pengunjung sepanjang PKP dikuatkuasakan.
"Biasanya
saya akan bawa makanan kucing ke mana-mana untuk beri kucing jalanan
makan. Hari ini saya terlupa namun ada rezeki kucing-kucing itu, mereka
dapatlah juga makan.
"Semasa
mahu beri makan, mereka mengejar dan cuba memanjat mendapatkan
makanan.
Memang nampak kucing-kucing itu sememangnya lapar dan saya jarakkan kedudukan mereka kerana tidak mahu berebut," katanya yang mempunyai tujuh ekor kucing. - KitaReporters
Tags: