Seni & Sukan 22 Jun, 2025

Gila Hindustan| Video| Keluarga Mukherjee juga dominasi dunia Bollywood! Sehebat Keluarga Kapoor!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

.


Keluarga Kapoor: (belakang, dari kiri) Rima, Randhir, Neela, Kanchan, Shammi, Sanjna, Shashi dan Jennifer; (tengah dari kiri) Babita, Raj, Krishna dan Neetu; (depan, dari kiri) Rajiv, Aditya, Karishma and Rishi.


PEMINAT filem Hindustan sering kali ditonjolkan dengan kehebatan Keluarga Kapoor mendominasi dunia perfileman Bolloywood. Tetapi ada satu lagi keluarga yang tidak kurang hebatnya mewarnai Bollywood, iaitu Keluarga Mukherjee.

Keluarga Kapoor bermula dengan ‘tuan besar’ keluarga iaitu Prithviraj Kapoor yang aktif dalam filem dan bangsawan. Bakat Prithviraj diwarisi tiga anaknya, pelakon dan pengarah Raj Kapoor, aktor Shammi Kapoor dan Shashi Kapoor, serta cucu dan cicit Prithviraj.

Bakat Raj Kapoor diwarisi anaknya, aktor Randhir Kapoor dan bintang ‘Bobby’, Rishi Kapoor. Bakat Randhir dan isterinya aktres Babita diwarisi dua anak mereka, Karishma Kapoor dan Kareena Kapoor.

Bakat Rishi Kapoor dan isterinya aktres Neetu Singh pula diwarisi anaknya, Ranbir Kapoor, suami kepada aktres Alia Bhatt.

Memang hebat Keluarga Kapoor sehingga mampu memilik studio filem sendiri, RK Films Studio yang aktif menghasilkan filem suatu ketika dahulu. Bagaimana pun selepas kematian Raj Kapoor, studio tersebut suram dan akhirnya dirobohkan selepas terbakar.


Sashadhar Mukherjee 'ketua' Keluarga Mukherjee yang bertanggung jawab membangunkan Studio Filmalaya. 


Dibanding dengan Keluarga Kapoor, Keluarga Mukherjee juga hebat, Cuma jarang dicanang dan ditonjolkan. Peminat Bollywood tentu kenal dengan aktres Kajol dan Rani Mukherjee. Kedua-duanya adalah daripada Keluarga Mukherjee.

Bapa Kajol ialah Shomu Mukherjee hasil perkahwinan dengan aktres popular tahun 60-an, Tanuja, 81, pada 1973. Tanuja ialah adik pelakon terkenal, Nutan. Bapa Rani ialah Ram Mukherjee, sepupu Shomu, menjadikan Kajol dan Rani dua pupu.

Kajol isteri pelakon Ajay Devgan. Rani isteri kepada produser dan pengarah filem popular Aditya Chopra, yang mengarahkan filem hit ‘Dilwale Dulhania Le Jayenge’ (Shah Rukh Khan - Kajol tahun 1995) dan ‘Mohabbatein’ (Shah Rukh Khan - Aishwarya Rai) tahun 2000.

Rani dan Kajol pernah berlakon bersama, antaranya dalam filem blockbusterKuch Kuch Hota Hai’ (1998), ‘Kabhi Khusi Kabhie Gham’ (2001). Kedua-duanya arahan Karan Johar.


Kajol (kanan) dan Rani Mukherjee, punyai pertalian keluarga dua pupu.


Rani Mukherjee (kiri), Shah Rukh Khan dan Kajol dalam 'Kuch Kuch Hota Hai' keluaran 1998.


Sebelum kemunculan Kajol dan Rani, tiga orang anggota Keluarga Mukherjee iaitu aktor Joy Mukherjee, Deb Mukherjee dan Tanuja telah terlebih dahulu mencipta nama mereka di layar perak.

Joy Mukerjee lebih menonjol berbanding Deb, membintangi beberapa filem hit berpasangan dengan aktres terkenal seperti Asha Parekh, Sharmila Tagore, Saira Banu, Sadhana dan Nanda.

Antara filem lakonannya ialah ‘Dil Aur Mohabbat’ (Sharmila Tagore), ‘Aag Aur Daag’, ‘Love in Bombay’,Love in Tokyo’ (Asha Parekh), ‘Door Ki Awaz’ (Saira Banu), ‘Umeed’ (Nanda), ‘Ek Musafir Ek Hasina’ (Sadhana), ‘Love in Simla’, ‘Phir Wohi Dil Laya Hoon’ (Asha Parekh), ‘Bahu Beti’, ‘Ziddi’ (Asha Parekh) dan lain-lain.


Joy Mukherjee, pelakon lelaki paling menonjol dalam Keluarga Mukherjee.


Joy Mukherjee berpasangan dengan Sharmila Tagore dalam 'Dil Aur Mohabbat'.


Joy Mukherjee berpasangan dengan Asha Parekh dalam filem 'Love in Tokyo'. Turut membintangi Pran dan Mehmood.


Filem Deb Mukherjee antara lain ialah ‘Sambandh’, ‘Kameney’, ‘Jo Jeeta Wohi Sikandar’‘Karate’, ‘Gudgudee’, ‘Rock Dancer’, ‘Adhikar’, ‘Mein Tulsi Tere Aangan Ki’, ‘Baaton Baaton Mei’ dan ‘Shekar’.


Deb Mukherjee, seorang lagi pelakon dalam Keluarga Mukherjee.


Masih ingat dengan filem box-office ‘Haathi Mere Saathi’ (Gajah Sahabatku) terbitan tahun 1971? Heroin filem ini ialah Tanuja berpasangan dengan Rajesh Khanna. Filem ini pernah ditayangkan selama tiga bulan di Pawagam Royal, Pulau Pinang. 

Tanuja membintangi banyak filem, termasuk ‘Mere Jeevan Shaati’, ‘Jeene Ki Raah’, ‘Ek Paheli’, ‘Chand Aur Suraj’, ‘Baharen Phir Bhi Aayengi’, ‘Do Chor’, ‘Pratham Kadam Phool’, ‘Nai Roshni’, ‘Anubhav’, ‘Jewel Thief’ dan banyak lagi.


'Haathi Mere Shaathi' filem box-office lakonan Tanuja dan Rajesh Khanna.


Tanuja bersama suami, Shomu Mukherjee. Anak mereka Kajol bintang ternama Bollywood kini.


Selain menghasilkan bintang layar perak, Keluarga Mukherjee terlibat dalam pelbagai aspek industri Bollywood. Inilah keistimewan keluarga tersebut. 

‘Kepala’ Keluarga Mukherjee ialah Sashadhar Mukherjee yang membangunkan studio filem, Studio Filmalaya.

Dia berkahwin dengan adik aktor Ashok Kumar, Satirani Ganguly. Pasangan ini dikurnia lima orang anak, Rono Mukherjee, Joy Mukherjee, Deb Mukerjee, Shomu Mukherjee dan Shubir Mukherjee.

Sementara Joy dan Deb menjadi pelakon, Rono merupakan komposer dan pengarah muzik filem. Shomu Mukherjee pula pengarah dan produser filem. Anak Deb, Ayan Mukherjee, seorang pengarah.

Bapa Rani Mukherjee, Ram Mukherjee, seorang pengarah dan pengasas Studio Filmalaya. Seorang lagi anak Ram, Raja Mukherjee ialah produser filem. Pengarah filem Subodh Mukherjee pula ialah adik kepada kepada Sashadar Mukherjee.

Keluarga Mukherjee talah lama mewarnai Bollywood sejak 1930 sehingga era Kajol dan Rani Mukherjee kini. 

Sementara ramai daripadanya telah tiada, ahli keluarga yang tinggal akan memastikan Keluarga Mukherjee tetap unggul dalam industri. - KitaReporters

15
14
0
20
0
You will be interested