Seni & Sukan 31 Mar, 2020

KAN DAH KENA!! 38 DIDAKWA INGKAR IKUT PERINTAH

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

SERAMAI 38 individu termasuk lima wanita dan seorang kanak-kanak bawah umur didakwa di tiga mahkamah berasingan di negeri Terengganu iaitu di Kemaman, Kuala Terengganu dan Besut pada Isnin 30 Mac 2020 atas tuduhan mengikari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). : KitaReporters

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Besut 


Daripada jumlah itu, 14 didakwa di Kemaman, Kuala Terengganu (14) serta Besut (10) dan kesemua tertuduh mengaku bersalah kecuali seorang lelaki berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk berhimpun dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain

Di Kemaman,14 individu yang dikenakan denda maksimum RM1,000 atau 20 hari penjara oleh Mahkamah Sesyen, selepas mengaku bersalah mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Mereka didakwa berhimpun di dalam kawasan tempat jangkitan bagi maksud sosial di hadapan MZR Homestay, Kampung Geliga, Chukai, pada pukul 7 petang pada 28 Mac 2020.

Sementara itu, dua lelaki, didakwa kerana didapati bergerak dari satu tempat yang lain iaitu dari Kampung Paya Berenjut ke tepi jalan Kuala Kemaman, Chukai, pada pukul 12.45 tengah malam, pada 29 Mac 2020. 

Lima lagi individu, pula didakwa berhimpun bagi maksud rekreasi iaitu memancing udang di tepi sungai ladang sawit Jalan Pasir Minal, Kampung Pasir Minal, Binjai, juga di Chukai, pada pukul 11.50 malam pada 27 Mac 2020. 

Seorang lagi individu, pula didakwa bergerak dari satu tempat iaitu Rumah Murah Kijal, Kemaman ke suatu tempat lain iaitu Kampung Titian Berayun, Kemaman, pada pukul 10.15 malam, pada 28 Mac 2020. 

Mereka didakwa melakukan kesalahan Peraturan 3(1) dan 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020. 

Dua wanita antara 10 yang didakwa di Mahkamah Besut kerana mengingkari PKP


Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad di hadapan Hakim Azman Mustafa, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Hafizuddin dalam pendakwaannya meminta hukuman berat dikenakan selain meminta orang ramai memandang serius arahan PKP yang bertujuan mengekang wabak penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19).

Di Kuala Terengganu, lapan lelaki yang ingkar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membawa padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara 14 dan tujuh hari di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Keputusan itu dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff selepas semua tertuduh berusia antara 21 hingga 26 tahun mengaku salah selepas pertuduhan dibaca secara berasingan.

Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 3(1) dan Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Bagi kesalahan itu, semua tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, lapan tertuduh didakwa melakukan kesalahan bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan tanpa kebenaran pegawai polis dan berkumpul di sekitar Manir dan Kuala Nerus antara 4.30 hingga 6.30 petang pada Ahad, 29 Mac 2020.

Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh, Muhammad Arif Izzat Mohamad Rashid, 21, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan sama di Manir.

Antara wanita yang didakwa di Mahkamah Besut kerana ingkar PKP


Sejurus pengakuan tidak bersalah Muhammad Arif Izzat direkodkan, mahkamah menetapkan 19 Mei 2020 sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara lapan tertuduh bermula dari tarikh tangkap iaitu 29 Mac 2020.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala, semua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakilkan Mazlan Md Zein. 

Di Besut pula, 10 individu termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak bawah umur dituduh di mahkamah Majistret Besut kerana mengikari PKP yang berkuat kuasa sejak 18 Mac sehingga 14 April 2020. 

Ketua Polis Daerah Besut, Suoerentindan Abd Rozak Mohammad berkata, kesemua mereka yang dituduh mengaku bersalah dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda RM1,000 ke atas pesalah terbabit. 

Katanya, salah seorang daripada lelaki terbabit dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan. 

Ada antara mereka dikenakan hukuman penjara 14 hari dan dikenakan denda RM1,000. 

Beliau berkata, seorang wanita yang dikenakan hukuman penjara 14 hari dan denda RM1,000 gagal membayar denda dan dikenakan hukuman penjara tiga bulan. - KitaReporters

2
3
0
0
0
You will be interested