Seni & Sukan 12 Dec, 2021

Rapatkan saf solat jemaah! Cadangan sudah dikemukakan! MKN, KKM sedang teliti! - Menteri Agama

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Umat Islam mengerjakan solat berjemaah mengikut SOP  ditetapkan oleh pihak berkuasa agama ketika ini.


PERSOALAN isu sama ada umat Islam boleh mengerjakan solat jemaah termasuk Jumaat dengan amalan biasa merapatkan saf ketika solat masih dalam penelitian pihak berkuasa.

Perkara tersebut sedang diteliti oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ketika ini kebenaran masih belum diperolehi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan solat jemaah


IDRIS AHMAD


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada pihak berwajib agar saf solat jemaah kembali dirapatkan.

Katanya, pihaknya terpaksa akur dengan perkara tersebut demi keselamatan masyarakat namun akan terus berusaha untuk mencapai keputusan terbaik.

"Prosesnya adalah apabila ia telah dibincang, pihak saya akan arahkan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dikemukakan kepada pihak Yang Dipertuan Agong.

"Begitu juga dengan negeri yang lain ia juga bergantung kepada bidang kuasa kerajaan negeri yang mana pandangan pihak MKN akan diutamakan. Mereka punyai pandangan sendiri, jadi kita kena hormat perkara ini. 



"Keputusan terakhir adalah tertakluk bidang kuasa di negeri itu sendiri, sebab itu kita tengok kapasiti masjid dan surau di setiap negeri berbeza, seperti di Terengganu jemaah dibenarkan hadir mengikut keluasan masjid," katanya di Kuala Terengganu pada Ahad, 12 Disember 2021.  

Ketika ini ramai netizen terutama masyarakat Islam mempertikaikan SOP di masjid dan surau memandangkan jemaah masih lagi perlu menjarakkan diri ketika solat berjemaah.- KitaReporters


Gambar hiasan...Masjid Hadhari Jertih, Besut,Terengganu.


 

11
12
1
14
1
You will be interested