Seni & Sukan 29 Jun, 2021

Hari jadi Farizal suram! JDT dibelasah Pohang 4-1! Cuaca, padang dan penalti jadi alasan Mora!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai Buletin Utama dan Harian Watan 1994-'96. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (BNC).

Share this

FARIZAL Marlias (jersi hijau) tertewas dengan jaringan penalti Kang Sang-woo yang diambil semula selepas berjaya menampannya kerana sebelah kakinya bergerak lebih awal daripada garisan. - Kredit foto: AFC


BENJAMIN Mora mendapat hadiah hari jadinya yang ke-42, Jumaat lalu apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) FC menundukkan Ratchaburi FC 1-0 namun nasib berbeza pula yang menimpa kapten, Farizal Marlias di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand.

Ulang tahun kelahiran ke-35 pasti suram dan hambar buat penjaga gol Harimau Selatan dan Harimau Malaya itu hari ini, Selasa 29 Jun 2021 setelah dia dibolosi empat kali oleh Pohang Steelers dalam saingan Kumpulan G bola sepak Liga Juara Asia (ACL) 2021.

Keputusan positif JDT yang tentu sekali ditagihnya sebagai hadiah awal, semalam (Isnin, 28 Jun 2021) berkecai dengan tiga gol menerusi sepakan penalti Borys Tashchy, Kang Sang-woo dan Im Sang-hyeob pada minit ke-27, 35 dan 91 selain jaringan Kwon Ki-pyo (82).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ALC

FARIZAL (belakang, kanan) mungkin kehilangan posisi kesebelasan utamanya kepada Izham Tarmizi Roslan atau Haziq Nadzli dalam pusingan kedua liga Kumpulan G ACL 2021. - Kredit foto: JDT


ARIF Aiman Hanapi (dua dari kiri) kerap mengucar-kacirkan kubu Pohang Steelers dengan larian kencang dan gelecekan bolanya. - Kredit foto: JDT

 


Harimau Selatan kata ketua jurulatih dan pengurus pasukan itu, telah cuba menyerap rentak permainan perlahan Pohang Steelers kendalian Kim Gi-dong dengan menanti saat tiba yang tepat untuk menyerang.

 

Sayap kelahiran Argentina, Leandro Velazquez mengejutkan kelab Korea Selatan itu dengan jaringan pendahuluan menerusi rembatan kaki kirinya yang tertampan kaki kapten lawan, Sang-woo pada minit ke-17.

 

“Kami telah melaksanakan tugas dengan sangat baik, tetapi malangnya lawan diberikan dua tendangan penalti. Kami tidak dapat kembali (merapatkan jurang) walaupun kebanyakan masa menguasai bola pada babak kedua,” kata warga Mexico itu.

LEANDRO Velazquez meraikan gol tunggal JDT, yang kedua selepas membolosi gawang Ratchaburi FC (Thailand). - Kredit foto: JDT


 

JDT akuinya, mempunyai beberapa peluang tetapi gagal menyudahkannya yang akhirnya ditewaskan Pohang 4-1 dan turun kembali ke anak tangga ketiga Kumpulan G dengan satu mata selepas tiga perlawanan termasuk ditewaskan Nagoya Grampus 1-0, 22 Jun 2021 lalu.

 

Mora walau bagaimanapun tetap memuji kesungguhan anak-anak buahnya malah setelah dia memaksimumkan pertukaran pemain dengan memasukkan Mohamadou Sumareh, Nazmi Faiz Mansor, Guilherme de Paula, Syamer Kutty Abba dan Ramadhan Saifullah Usman.

BERGSON (kanan) masih ketumpulan penyudah selepas tiga perlawanan termasuk berdepan Pohang Steelers malah gagal menyudahi penalti terhadap Ratchaburi. - Kredit foto: JDT


 

“Perkara paling penting ialah usaha para pemain. Saya perlu memantau pemain selepas hari ini kerana mereka sudah mengharungi tiga perlawanan yang memenatkan (dalam tempoh enam hari).

 “Sebilangan besar mereka keletihan dan kami akan fokus kepada pemulihan,” katanya.

 

JDT, juara Liga Super tujuh kali berturut-turut dan juara Piala AFC 2015 dan Pohang, juara ACL tiga kali (1996-’97, 1997-’98 dan 2009) bakal bertemu lagi bagi pusingan kedua liga Kumpulan G pada Khamis ini, 1 Julai 2021 juga di Stadium Rajamangala.

GANDINGAN bek tengah import JDT dari Brazil dan Australia, Mauricio (dua dari kiri) dan Shane Lowry harapan Benjamin Mora yang sudah ditembusi lima gol oleh Nagoya Grampus dan Pohang Steelers. - Kredit foto: JDT


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1
0
0
0
0
You will be interested