Seni & Sukan 24 Jun, 2020

ManifestaSITI2020? Manifestasi Tok Ti 2020! Hamil anak ke-2?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SETELAH kali terakhir mengeluarkan album pada tahun 2017 menerusi ‘SimentriSiti’, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 41, bakal melancarkan album ke-18-nya pada 3 Julai 2020 ini dengan tajuk penuh bermakna, ’ManifestaSITI2020’. Apa definisi ManifestaSITI2020??? : KitaReporters

Foto: Kredita Instagram @ctdk


Baru dimuat naik satu video ‘teaser’ mengenai album terbarunya itu, ia sudah mendapat ratusan komen daripada sebilangan pengikutnya yang berjumlah 7.3 juta orang. 

Pastinya selepas beberapa jam lagi reaksi pengikutnya akan bertambah berkali ganda kan?



Kredit foto: https://www.instagram.com/p/CBwvJXXn9Jm/


Bahkan, posting dengan hashtag #ManifestaSITI2020 turut mendapat trending dalam laman Twitter, sekali gus menandakan netizen tidak sabar lagi menantikan apa persoalan yang ditimbulkan daripada manifestasi Siti itu. 

Melalui entri Twitter berkenaan diperlihatkan video klip plantun lagu "Anta Permana' ini  mendendangkan sedikit daripada lima lagu yang telah lulus untuk dimuat ke dalam album terbaharunya itu. 

Sedap dengar lagu-lagu  pelbagai rentak yang didendangkan. 

Ada lagu tradisional malah ada juga sebuah lagu OST bagi drama arahan Jamal Khan lakonan Shukri Yahya dipertontonkan. 

Namun, tidak pula tertera tajuk drama tersebut tetapi liriknya agak menarik apabila Siti berkata, “seandainya aku yang pergi dulu, sampai mati ku kan mencintai kamu… kerana akulah bidadari syurga mu.” 

Selalunya lirik nyanyian Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti  banyak menceritakan luahan hatinya seperti contohnya lagu “Biarlah Rahsia’ atau pun  ‘Comel Pipi Merah’ yang berkait dengan kehidupannya, jadi barangkali ‘bidadari syurga’ itu adalah dirinya buat suami tercinta Datuk Seri  Khalid Jiwa  ya tak?

Nak dengar?  Moh klik...


Dalam pada itu, korang mesti nak tahu kan apakah definisi Tok Ti sebenarnya melalui karya terbaharunya itu?

Mengikut catatan yang ditulis pada entrinya, "Definisi Manifestasi ialah perbuatan melahirkan, menjelaskan, atau menyatakan sesuatu. Memanifestasikan melahirkan, menjelaskan atau menyatakan sesuatu… 

"Idea yang diwujudkan. Pemikiran yang diperlihatkan. Perasaan yang dijelaskan. Pendirian yang dinyatakan. Keinginan yang dizahirkan.”


Wow! Menarik sekali aura 2020 Siti Nurhaliza kali ini ya tak?

Barangkali ilham ini diperoleh setelah berehat panjang dalam tempoh PKP, malah ibu kepada Siti Aafiyah sebelum ini muncul menerusi lagu 7 Nasihat nyanyian bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta yang juga komposer lagu itu.

Perkembangan terbaharunya, SIti Nurhaliza dan kaum  keluarga dilihat cuti beristirehat di sebuah pusat pelancongan #tiaraescapes bersama pemiliknya, Puan Sri Tiara Jacqueine.


Bersama Tiara Jacqueline. - Kredit foto: @ctdk repost dari instagram @tiarajacqueline.


Maklumlah selepas menjalani pembedahan kecil pada bulan Februari lalu, sebagai persediaan untuk hamil anak kedua melalui kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kehamilan pertama, Tok Ti perlu banyak berehat kan?

Kita doakan semoga manifestasi Siti sepanjang 2020 ini terlaksana termasuk impiannya hamil anak kedua. 

Pun begitu, jangan lupa 3 Julai 2020 apabila album terbaharu Siti ini dilancarkan ya! - KitaReporters

@ctdk : Sedari titik mula, ekspresi yang bertitik tiada. Berpijak langkah di jalan adanya, derapan terdengar membelah angkasa.

1996-2020 : 24 tahun di dalam industri, penuh manisfestasi, mengalir tiada titik henti, mengukuhkan paksi, mengakar seutuh kersani.

Nantikan 3 Julai 2020.

ManifestaSITI2020.

5
0
0
0
1
You will be interested