Seni & Sukan 13 Apr, 2020

TUTUP!! JOE FLIZZOW TAK BUKA KEDAI GUNTING

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
HARAP kerajaan boleh memikirkan semula langkah membenarkan kedai gunting rambut beroperasi dalam tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga mulai Rabu, 15 April 2020.  Ini kerana keselamatan pekerja dan pelanggan perlu diutamakan bagi menghalang wabak Covid-19 kembali menular. : KitaReporters

Joe Flizzow menutup kesemua cawangan kedai gunting rambutnya demi keselamatan pekerja dan pelanggan. - Kredit foto: Joes47500

Pandangan ini diberi oleh penyanyi hip-hop terkenal, Joe Flizzow, 41, atau Johan Ishak dalam Instagram Storynya @joes47500.

Dia yang mempunyai 12 cawangan kedai gunting rambut konsep hipster di bawah jenama Joe's Barbershop di Lembah Klang, membuat keputusan untuk tetap menutup kedai sepanjang tempoh PKP sehingga keadaan benar-benar selamat demi kebaikan pekerja dan pelanggannya.


Pengumuman penutupan kedai guntingnya dalam IG dan IG Story @joes47500


Dia membuka kedai gunting rambut berkonsep hipster sejak 2014 dengan identitinya muka depan berbata merah sementara lantainya berwarna hitam putih.

Baginya, walau mengalami kerugian dari segi kewangan, namun apa yang penting adalah keselamatan orang ramai kerana tugas menghentikan rantaian wabak Covid-19 adalah tanggungjawab bersama seluruh rakyat.

Joe turut mendapatkan khidmat di salah sebuah cawangan kedai guntingnya. - Kredit foto: joes47600

Dia terus meminta rakyat mematuhi perintah kerajaan dengan terus tinggal di rumah, ‘stay at home’.

baru-baru ini, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya perkhidmatan gunting rambut asas untuk beroperasi secara berperingkat-peringkat semasa fasa tiga PKP.

Bahagian luar salah sebuah kedai gunting milik Joe Frizzow. - Kredit foto:  joes47500

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan tidak bersetuju dengan pembukaan semula kedai gunting semasa tempoh PKP ini dilanjutkan dalam Fasa 3 sehingga 28 April 2020. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested