Gaya Hidup 17 Jun, 2021

Tahu tak? Lembu jadi hadiah cabutan bertuah! Bagi penduduk yang terima suntikan vaksin COVID-19

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


RATA-RAYA daripada kita semua mengetahui bahawa kerajaan menyasarkan memberi percuma vaksin COVID-19 kepada wargenegara dan bukan warganegara sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa.

Vaksin sangat penting bagi mewujudkan imuniti kelompok terhadap penularan pandemik COVID-19 ini untuk semua orang agar boleh hidup seperti dahulu lagi. 

Untuk pengetahuan anda, Filipina menggunakan pelbagai inisiatif lain bagi menggalakkan rakyat mereka mengambil vaksin. Ini termasuk menghadiahkan seekor lembu setiap bulan melalui satu kempen cabutan bertuah kepada rakyatnya yang mengambil vaksin COVID-19. 

Ini kerana ramai penduduk Filipina yang tidak berminat untuk mengambil suntikan vaksin ekoran mempercayai atau terpedaya dengan dakyah buruk dan negatif mengenai vaksin COVID-19.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Filipina

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menerima suntikan vaksin COVID-19. - Kredit foto: BBC


Menurut New York Post, Pegawai Tempatan di San Luis, sebuah daerah di utara Manila, dilaporkan memberi seekor lembu setiap bulan untuk dijadikan sebagai hadiah bagi cabutan bertuah kepada penduduk yang sudah mengambil vaksin.

Ini sebagai satu langkah untuk memberi dorongan kepada mereka yang masih tidak mengambil vaksin.

Lembu mungkin dianggap tidak bernilai di negara lain tapi bukan di San Luis. Kebanyakan penduduk di daerah ini adalah petani dan inisiatif tersebut dianggap ideal dengan pekerjaan mereka.  

Rakyat bersyukur jika diberikan lembu memandangkan pemberian ini sangatlah bermakna apatah lagi harga seekor lembu ialah sekitar RM2,000. Rata-rata penduduk di daerah ini sangat miskin.  



Kredit foto: New York Post


Jadi mereka boleh mengambil peluang tersebut dengan mendapatkan vaksin yang disediakan untuk bagi mendapat peluang memiliki seekor lembu sebagai satu cara untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melampau.

Lembu itu boleh dimasak untuk dibuat hidangan. Selain itu, lembu boleh juga dibiakkan, susu boleh dijual dan digunakan untuk mengangkat barang berat.

Hanya 4 peratus daripada 110 juta penduduk Filipina sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19, manakala bagi dos kedua sebanyak 1.4 peratus sahaja.

Diharapkan lebih ramai rakyat Filipina akan mengambil vaksin COVID-19. Bagi rakyat Malaysia yang sudah mendaftar, ambilah peluang yang disediakan untuk divaksin. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Pening-pening! Teong Kim tak puas hati! Hamidin okey je! Pan-gon bukan jaminan ke Piala Asia?

Hamidin Mohd. Amin tegaskan, Lim Teong Kim mulai tak berpuas hati dengannya sejak penamatan khidmatnya sebagai ketua jurulatih skuad B16 kebangsaan pada 2018

Video| Bayi dikandung meninggal! Selepas ibu bersalin terpaksa diusung ke ambulans! Jalan licin!

Di Sumatera, Rusmina yang hampir nak bersalin terpaksa diusung 4 pemuda ke ambulans untuk dibawa ke pusat kesihatan akibat jalan berlumpur, licin kerana hujan
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Apa nak jadi? Cekal sungguh abang OKU ni! Sanggup turun tangga mengesot! Lif kerap rosak!

Tular perkongsian seorang lelaki paparkan kesukaran dihadapi rakan sekerjanya, seorang OKU akibat masalah fasiliti yang sangat kurang. Lif kerap gagal berfungsi
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 11 hours ago

Video| Go Satria Muda Pertamina! Baim Wong presiden kelab! Peminat tegar sukan bola keranjang!

Setiap kali kelab bola keranjang Satria Muda (SM) Pertamina berlawan, kelibat aktor Baim Wong pasti ada dalam kalangan penonton kerana dia kini presiden kelab
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 18 hours ago

Video| Tahniah Syura! 9 tahun menjanda, kini kembali jadi isteri! Resepsi pun selesai diadakan!

Setelah 9 tahun menjanda, penyanyi Syura Badron, 36, tamatkan statusnya apabila dinikahkan kepada Muhd Farizat Ismail, 28, di Masjid As-Salam, Puchong Perdana
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 19 hours ago