Seni & Sukan 29 Sep, 2021

Jasamu dikenang! JPKD Penggaram hargai petugas PPV Taman Hajat! Suntik lebih 3k penerima vaksin!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Pengerusi JPKD Penggaram, Zaidi Japar (duduk tengah) bersama-sama petugas di PPV Taman Hajat, Batu Pahat, Johor selepas menyampaikan sijil 'Jasamu Dikenang' pada 26 September 2021.


PUSAT Pemberian Vaksin (PPV) Taman Hajat, Batu Pahat, Johor berjaya memberi suntikan kepada lebih 3,000 penerima vaksin dalam kalangan warga negara dan pekerja asing selepas beroperasi untuk dos pertama pada 2, 3 dan 5 September 2021, manakala untuk dos kedua pula PPV itu beroperasi pada 23, 24 dan 26 September yang berjalan lancar tanpa sebarang masalah. 

Sehubungan itu Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Penggaram, Batu Pahat menganugerahkan sijil penghargaan kepada petugas di PPV berkenaan membabitkan kakitangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Daerah Batu Pahat, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Southern Volunteers (SV), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Hajat, Penghulu Mukim 5 Simpang Kanan dan Nona Penggaram.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan JPKD Penggaram

Zaidi menyampaikan sijil 'Jasamu Dikenang' kepada wakil Polis Daerah Batu Pahat.


Pengerusi JPKD berkenaan, Zaidi Japar, ketika menyampaikan sijil penghargaan ‘Jasamu Dikenang’ kepada petugas terbabit melahirkan rasa bersyukur kerana PPV itu dapat beroperasi dengan sempurna hasil kerjasama serta sikap dedikasi petugas terbabit.

Beliau berkata, budaya kerjasama yang diamalkan sepanjang melaksanakan tugas untuk masyarakat itu secara tidak langsung membuktikan amalan konsep ‘bahu-membahu’ dan bagaikan aur dengan tebing dapat diteruskan pada masa akan datang.

Menurutnya, kewujudan PPV di taman berkenaan bukanlah suatu yang sia-sia malah ia membantu kerajaan mencapai sasaran imuniti kelompok, terutamanya di kawasan Penggaram dan Batu Pahat.


Wakil APM menerima sijil penghargaan daripada Zaidi sambil disaksikan Suraya.


“Ini juga menunjukkan masyarakat di sini (Batu Pahat) mengerti kepentingan mendapatkan suntikan vaksin itu sebagai langkah membanteras penularan Covid-19 yang amat berbahaya,” katanya pada majlis ‘Jasamu Dikenang’ berkenaan pada 26 September 2021.

Hadir sama pada majlis ringkas penyerahan sijil berkenaan ialah Penyelaras Program, Mohamad Sarani; Pengerusi Kebajikan Penggaram (PKP) Mohd Hamidi Madtap; dan Pengerusi Nona Penggaram. Suraya Abd Kahar.


Wakil anggota Rela turut menerima sijil penghargaan 'Jasamu Dikenang' daripada Zaidi.


Sementara itu dalam majlis berasingan, JPKD berkenaan turut mengagihkan barangan basah berupa sayur-sayuran kepada penduduk sekitar bandar Penggaram dan di Kampung Punggur Laut Barat, Rengit yang terkesan dengan pandemik Copvid-19.

“Bekalan sayur ini diperoleh daripada peraih sayur berpusat di Yong Peng yang sudi membantu dalam kerja kebajikan UMNO Bahagian Batu Pahat serta JPKD Penggaram selain beberapa penduduk pula turut membantu mengagihkan sayuran berkenaan,” kata Mohd Hamidi yang juga Pengerusi Teraju Kebajikan UMNO bahagian itu. - KitaReporters


Mohd Hamidi (dua dari kanan) menunjukkan sayur-sayuran yang diagihkan kepada penduduk sekitar bandar Penggaram dan Kampung Punggur Laut Barat.

15
16
1
13
0
You will be interested