Seni & Sukan 19 May, 2022

Kerana Cikgu Nazri Othman! 107 warga pendidik daerah Besut turut derma darah! Sempena Hari Guru!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


Sebahagian daripada guru, pelajar dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Besut bergambar kenangan sebelum program menderma darah.


SEORANG guru bukan sahaja menjadi idola malah pembakar semangat kepada warga pendidik lain di Negeri Terengganu apabila menjadi penderma darah terbanyak dalam kalangan guru di negeri itu

Nazri Othman, 46, dari Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 1, Alur Lintang, Besut, Terengganu, mencatat rekod apabila mencapai 40 kali menderma darah kepada Bank Darah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kempen menderma darah

Nazri Othman sudah 40 kali menderma darah


Keupayaan beliau mampu menderma darah sebanyak 40 kali dalam usia tersebut amat mengkagumkan dan menjadi kebanggaan warga pendidik di Terengganu.

Tidak bosan dengan aktiviti tersebut beliau sekali lagi hadir program menderma darah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Besut yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Permaisuri Nur Zahirah, Besut pada 17 Mei 2022.


Abdullah (kiri) bersama Nazri (tengah)


Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Abdullah Zawawi Yahya yang turut hadir pada program tersebut memuji usaha yang dilakukan oleh Cikgu Nazri kerana menjadi contoh dan tauladan kepada guru-guru lain untuk menyumbang bakti sebagai penderma darah.

Tidak hairanlah, kerana semangat yang ditunjukkan oleh Cikgu Nazri tersebut, pihak penganjur program derma darah berjaya mengumpul 107 penderma iaiatu satu rekod paling ramai penderma pernah diadakan di daerah itu.

Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Besut dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu itu berjaya mengumpul 107 beg darah dalam tempoh sehari program diadakan.


Sebahagian guru daerah Besut yang menyertai program derma darah kepada Bank Darah HSNZ Kuala Terengganu


Abdullah berkata, program tersebut disertai guru-guru, kakitangan pejabat pendidikan daerah dan pelajar-pelajar tingkatan enam dari sembilan sekolah di daerah itu.

Katanya,  jumlah penderma tersebut melebih program yang pernah diadakan pada 2021 di mana hanya 63 penderma. 

“Mengikut rekod jumlah peserta yang mendaftar ialah 178 orang tetapi selepas menjalani saringan oleh pihak Bank Darah hanya 107 peserta yang layak untuk menyertai program tersebut,” katanya. - KitaReporters


Guru perempuan tidak ketinggalan menyertai program derma darah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Besut

19
13
3
12
0
You will be interested