Seni & Sukan 23 May, 2022

Tak kesian dengan OKU ke? Eskalator, lif rosak! Tapi jawapan Rapid KL buat netizen bengang, marah!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

Tular sekali lagi Orang Kurang Upaya (OKU) kelihatan sedang menaiki tangga bagi mengakses servis pengangkutan awam

Rata-rata daripada kita tahu, di Malaysia golongan OKU masih lagi tidak dapat mengakses fasiliti yang lengkap lagi-lagi semasa menggunakan pengakutan awam.

Kisah lelaki ini adalah realiti yang telah dikongsikan dalam Twitter di mana beliau terpaksa memanjat tangga menggunakan tongkat kiri dan kanan kerana eskalator dan lif di stesen Ampang Park yang rosak.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan golongan OKU


Apa yang mengejutkan, lif dan eskalotor di stesen ini dikatakan telah setahun rosak dan tidak dibaiki.

Di sebalik kerosakan yang berlaku, perhatian netizen nampaknya lebih tertumpu terhadap respons @AskRapidKL yang memaklumkan agar yang mereka yang memerlukan bantuan memaklumkan pihak staf di kaunter.



Rata-rata netizen sangat marah dengan respons yang diberikan bagi membantu golongan OKU memanjat tangga yang tinggi. "Pelanggan boleh minta bantuan staff di kaunter. Staff boleh bantu," tulis Ask Rapid KL

"Bagaimana nak bantu? kaunter staff tersedia di tingkat atas atau pada tingkat bawah dalam membolehkan golongan OKU mendapatkan bantuan," tanya netizen.  

Oleh sebab itu, netizen sangat mengharapkan agar pihak admin Rapid KL tampil dengan jawapan yang lebih baik buat semua dan berharap agar lif di Stesen Ampang Park segera dibaiki bagi memudahkan golongan OKU dan warga emas. 

Terkini, dimaklumkan eskalator dan lif terbabit telah pun dibaiki oleh RapidKL. Tahniah, tapi.... - KitaReporters



9
8
0
18
0
You will be interested