Seni & Sukan 22 May, 2022

Video| Hetty Koes Endang cipta sejarah tersendiri! Konsert Jubli Emas! 50 tahun jadi anak seni!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Hetty Koes Endang ketika menjadi juri sebuah program televisyen. - Kredit foto: Murai.my


Hetty Koes Endang mengadakan persembahan bersama penyanyi terkenal tanah air Siti Nurhaliza. - Kredit foto : youtube.com


Selepas 50 tahun bergelar anak seni, penyanyi bersuara emas kelahiran Kediri, Jawa Timur, Indonesia, Hetty Koes Endang yang popular dengan lagu Hati Lebur Jadi Debu pada tahun 1980-an bakal mengadakan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang pada penghujung Ogos 2022 nanti.

Konsert pemilik nama sebenar Hetty Koes Madewy yang juga mesra dengan panggilan 'Bunda' itu kini menjangkau usia 65 tahun bakal melakar sejarah tersendiri sebagai simbolik kepada 50 tahun penglibatannya sebagai anak seni bukan sahaja di negara kelahirannya Indonesia, malah turut popular di Malaysia pada tahun 1980-an.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Hetty Koes Endang


Berkonsep makan malam, konsert anjuran Mahajaya Empire Sdn Bhd yang bakal diadakan di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2022  itu nanti, bukan sahaja mampu menjadi pengubat rindu peminat pelontar lagu Berdiri Bulu Roma Ku itu yang lama tidak muncul dengan sebarang konsert, malah akan mengembalikan nostalgia mereka ketika usia muda.
Menurut laporan portal berita Suara Merdeka, perancangan awal konsert tersebut sepatutnya diadakan pada tahun 2020, namun hasrat tersebut terpaksa ditunda berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara ini dilanda pendemik Covid-19.



"Bagi menjayakan konsert ini, Hetty menjalin kerjasama dengan tokoh dunia muzik tanah air yang tidak asing lagi iaitu Datuk Ramli MS sebagai pengarah muzik dengan diiringi pemuzik profesional tanah air.

"Ketika konsert tersebut, Hetty bakal mengubat kerinduan peminat-peminatnya selama lebih satu jam dengan mendendangkan sebanyak 15 lagu popular beliau selain beberapa lagu khas tribute buat komposer serta penyanyi legenda seperti Datuk Ahmad Nawab dan penyanyi Indonesia, mendiang Broery Marantika," menurut kenyataan tersebut.

Hetty Koes Endang bersama suaminya Yusuf Emir Aishal. - Kredit foto : Yahoo berita

Peminat setia Hetty yang berhasrat untuk menyaksikan persembahan beliau secara langsung ketika konsert tersebut boleh mendapatkan tiket daripada ejen tiket ilassoticket.com atau menghubungi penganjur secara terus melalui talian 012- 4667299.

Tiket bermuala dari RM11,700 untuk meja VVIP untuk enam orang sementara meja VIP juga untuk enam orang berharga RM8,700, Platinum pula RM6,640 untuk lapan orang dan Golg RM4,560 untuk lapan orang.

Bagi mereka yang ingin membeli tiket secara individu pula berharga RM1,950 setiap satu bagi VVIP, RM1,450 bagi VIP sementara bagi Platinum pula RM830 dan Gold pula berharga RM750 setiap satu. - KitaReporters

Hetty Koes Endang  (kiri) bersama ahli-ahli keluarganya. - Kredit foto: IG Hetty Koes Endang @hke57

9
8
0
15
0
You will be interested