Seni & Sukan 02 Apr, 2022

Allahuakhbar! Masjid Kristal dibuka semula! Selepas empat tahun tak beroperasi! Kerja baik pulih!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Masjid Kristal, Kuala Terengganu dibuka semula sempena Ramadan tahun 2022 ini


MASJID Kristal terletak di muara Sungai Terengganu di Kuala Terengganu yang dikatakan rumah ibadah umat Islam ketiga tercantik di dunia kini dibuka semula kepada umum selepas empat tahun tidak beroperasi ekoran kerja-kerja membaik pulih masjid berkenaan.

Berikutan pembukaan semula masjid tersebut aktiviti solat fardu berjemaah termasuk solat sunat tarawih dengan kapasiti 1,000 orang dapat diamarahkan sepanjang Ramadan tahun 1443H/2022M ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masjid

Ariffin Deraman


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, ia sudah tersedia setelah proses pembaikan bangunan ikonik negeri tersebut selesai dilakukan.

Kerja pembaikpulihan telah dilaksanakan dengan peruntukan sejumlah RM700,000 melibatkan kebocoran kubah dan atap masjid, siling serta pendawaian elektrik,” katanya.

Beliau berkata, semua proses baik pulih tersebut telah siap, sekali gus mencapai hasrat kerajaan negeri untuk masjid ini digunakan pada bulan Ramadan nanti.

Ariffin turut berkata, proses baik pulih Masjid Kristal mengambil sedikit masa kerana keunikan pembinaannya memerlukan kepakaran khusus


Masjid Kristal yang ketiga tercantik di dunia beroperasi semula sempena Ramadan


“Buat masa ini, kerja-kerja pembaikan yang telah dilaksanakan dan sudah memadai untuk masjid ini beroperasi bermula Ramadan,” katanya.

Walau bagaimanapun, katanya, terdapat beberapa siri membaik pulih yang akan terus disempurnakan sehingga akhir tahun nanti melalui peruntukan daripada kerajaan pusat atau negeri.

Katanya, sebelum ini Masjid Kristal mengalami kerosakan sejak 2013, namun tindakan lewat diambil ketika itu menyebabkan kerosakan bertambah teruk pada 2017 sehingga perlu menamatkan operasinya.

Menurut Ariffin, antara proses baik pulih dilakukan meliputi penggantian kubah yang pecah, penggantian silikon dan 'water proofing' pada atap rata masjid.

“Sepanjang Ramadan ini, pihak pengurusan Masjid Kristal akan menganjurkan beberapa program terbuka kepada orang awam termasuk solat tarawih bersama imam jemputan serta tadarus al-Quran,” katanya. - KitaReporters


Masjid Kristal di Kuala Terengganu ini sudah dibuka untuk umum pada Ramadan 1443H/2022M ini.

14
10
1
12
0
You will be interested