Seni & Sukan 03 Apr, 2022

Video| Jangan diskriminasi golongan janda! Jangan kait kami dengan kegiatan negatif - Nadia Brian!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

HARUS tiada diskriminasi untuk golongan janda kerana mereka juga perlu meneruskan kehidupan untuk diri sendiri  dan anak-anak jika ada. Dan kehidupan janda jangan dikait dengan kegiatan negatif

Pandangan itu diberi oleh pelakon Nadia Brian, 30,  yang dapat merasai diskriminasi terhadap golongan janda hasil pengalaman sendiri setelah setahun hidup menjanda.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan janda

/

Nadia (tengah) bersama anggota keluarga dalam 'Kuasa'


"Siapa yang berkahwin hendak memegang status janda? Jujur saya akui masih ada rasa malu untuk memegang status itu. Suka atau bangga itu tidak, saya berada dalam fasa reda. 

"Memandangkan kita juga sudah masuk tahun 2022, saya berharap tiada lagi diskriminasi terhadap janda. Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tangga individu itu.

"Malah kita juga tidak tahu masa depan kita sendiri," katanya.  

Tegasnya, pengalaman lalu banyak mematangkan dirinya dalam tindak tanduk dan berharap memperbaiki diri ke arah lebih baik untuk masa hadapan. 




Nadia mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 dan bercerai talak satu pada 3 April 2021.

Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, belum menemui pengganti yang sesuai kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seni.

Tidak pernah serik dengan perkahwinan, Nadia mengakui dia tidak menutup hati untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.



"Saya masih single dan masa ini diluangkan lebih kepada keluarga dan kerjaya. Tipulah jika saya katakan tiada kerana saya ada juga berkawan untuk mengenali hati budi.

"Mungkin kalau nak berkahwin, dua atau tiga tahun lagi, tapi tidak tahu sekiranya jodoh datang lebih awal.

"Saya tidak trauma untuk berkahwin lagi, cuma itu bukan keutamaan buat masa ini," katanya.Nadia ditemui  pada majlis sidang media drama premium ‘Kuasa’ adalah kerjasama Astro Shaw dan Skop Productions di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.





‘Kuasa’ berkisar mengenai kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing dalam menguasai empayar.

Selain Nadia, drama premium ini turut membariskan pelakon seperti Ning Baizura, Ridzuan Hashim, Nazim Othman, Dazrin Kamaruddin, Alicia Amin, Nia Atasha dan Izzy Reef.



15
12
0
15
0
You will be interested