Ramai netizen meminta Baby Shima berubah
Dahulu suka bergelek dan berpakaian seksi, kini dah berhijab dan beraksi sopan?
Namun itulah perkara yang dilakukan penyanyi sensasi Baby Shima ketika muncul dalam satu persembahan di Kuantan, Pahang pada Sabtu 18 Februari 2023 pada sambutan Israk Mikraj.
Pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli ini memberitahu, imej berhijab itu merupakan keputusannya sendiri bagi menghormati hari mulia tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Baby Shima
“Selesai bergoyang ya habibi hari ini. Lain kali datang dahulu sebelum berkata-kata.“Apabila mendapat tahu ada persembahan pada hari Israk Mikraj, saya sendiri ingin tampil sebegini,” katanya dalam satu entri Instagramnya pada Sabtu, 18 Februari 2023.
Dia bagaimanapun melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir individu melemparkan tuduhan awal sebelum dia tampil dengan imej berhijab.
“Sebelum muncul buat persembahan, ramai pula memilih untuk berkata terlebih dahulu sehingga ada yang tuduh saya tidak menghormati hari mulia ini.
“Sedangkan mereka belum melihat dahulu penampilan yang akan saya persembahkan.
“Saya tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri tanpa disuruh oleh siapa pun,” katanya.
Menerusi video yang dimuat naik Shima, dia turut mendendangkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Kemunculan Baby Shima berbeza daripada kemunculan biasanya selama ini. Namun tidak semua yang suka melihat penampilan Baby Shima dalam majlis itu. Ia turut dibantah oleh artis politik setempat.
Ramai netizen yang berpandangan Baby Shima kelihatan manis apabila berhijab dan berharap perubahan pada sambutan Israk Mikraj 1444H akan memberi perubahan hidup terhadap dirinya. Tidak lagi berimej seksi.
Baby Shima bakal berusia 30 tahun pada 20 September 2023.