Bukan baru pertama kali pelakon kecil molek, Datin Intan Najuwa ditegur mengenai pakaiannya. Sudah berkali-kali pemakaiannya dipersoal oleh netizen. Malah, dia sendiri sudah lali dengan teguran itu.
Pada awal tahun 2023 dia pernah dikritik teruk kerana memakai pakaian seksi sedangkan baharu sahaja pulang daripada menunaikan ibadat umrah.
Kritikan demi kritikan yang diterima tidak tidak
menjadikan Intan Najuwa sebagai orang lain. Dia kelihatan lebih selesa menjadi
diri sendiri. Justeru apa jua kritikan mengenai pemakaiannya, dia tidak ambil
peduli lagi.
Contohnya pada 2 Oktober 2023 lalu, dia berkongsi gambarnya ketika hadir ke sebuah majlis anjuran sebuah majalah fesyen. Gambar tersebut menunjukkan Intan mengenakan pakaian yang mendedahkan sebahagian bahunya.
Pemakaiannya itu mendapat perhatian seorang netizen atau boleh dikatakan sebagai âmakcik bawangâ.
Tanpa berselindung atau berlapik, dia berterus-terang mengatakan pelakon tersebut tidak cantik. Tidak pasti sama ada pakaian atau Intan yang tidak cantik. Namun, komen tersebut tidak dipadam atau dibalas oleh Intan.
âTak cantik pun,â tulisnya ringkas.
Komen terus-terang daripada seorang netizen.
Komen yang boleh dikatakan agak kasar dan terlalu berterus-terang itu membuatkan para peminat Intan berang.
Ramai tampil mempertahan atau back up Intan. Mereka sama sekali tidak setuju dengan pendapat tersebut. Rata-rata memuji penampilan Intan pada malam tersebut.
Intan mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan bernama Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, pada Ogos 2023 lalu. Perkahwinan tersebut mencetuskan kontroversi apabila ada segelintir netizen mengatakan suaminya kelihatan tua daripada usia sebenar. - KitaReporters