Seni & Sukan 10 Aug, 2022

Jelajah amal Keluarga Malaysia! Pengamal media berkonvoi ke Cameron Highlands! Untuk santuni asnaf!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


Pengamal media bermotosikal secara konvoi dari Terengganu ke Cameron Highlands untuk bantu asnaf.


MESKIPUN sibuk dengan tugasan sebagai pengamal media, namun itu tidak menjadi halangan kepada sekumpulan wartawan dari pelbagai agensi media di seluruh Negeri Terengganu untuk bergabung tenaga bagi menyantuni golongan asnaf dalam meringankan beban yang ditanggung oleh golongan terbabit, yang bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan Ke-65 , sekumpulan 20 ahli media dari Kelab Aktivis Media Inspirasi Terengganu mengadakan program konvoi bermotosikal sebagai usaha menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan ahli-ahli.

Program “Merdeka Media Charity Ride” (Jelajah Amal Media Merdeka) adalah aktiviti kemasyarakatan yang menggabungkan petugas media dari negeri itu dan memilih Cameron Highlands, Pahang sebagai lokasi jelajah bermotosikal berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kerja-kerja amal


Suhaidi Mohamed Amin menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk Kampung Gerak Sepadu,Cameron Hinglands


Aktiviti kemasyarakatan tersebut, yang melibatkan gabungan bersama Kelab Kembara Media Terengganu, telah memulakan perjalanan sejauh lebih 300 kilometer bermula dari Kuala Terengganu ke Kampung Gerak Sepadu, yang terletak di Cameron Highlands, Pahang.

Penyelaras program tersebut, Ghazali Kori berkata, tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' dipilih adalah bertujuan untuk menyemaikan rasa cintakan negara serta menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang pentingnya kesepaduan dalam kalangan penduduk pelbagai bangsa.

Katanya, program kemasyarakatan pada kali ini telah menyantuni seramai 30 orang golongan asnaf di kampung tersebut dan kesemua bantuan yang diberikan adalah hasil sumbangan daripada syarikat swasta serta NGO.


Pengamal Media Terengganu yang menyertai konvoi bermotosikal ke Cameron Hailands


Antara sumbangan yang diberikan termasuk barangan keperluan kepada golongan terbabit di perkampungan dekat Sungai Palas dan kesemua penerima bantuan adalah terdiri daripada golongan yang terjejas teruk dalam situasi endemik Covid-19 yang melanda negara pada dua tahun lepas.

Ghazali berkata, aktiviti sedemikian akan terus dilakukan dari semasa ke semasa dan pihaknya kini merancang untuk memperluaskan aktiviti kemasyarakatan tersebut dalam membantu golongan yang memerlukan.

Sementara itu penerima bantuan yang ditemui mengucapkan rasa terima kasih mereka di atas kunjungan kumpulan terbabit dan mengucapkan rasa syukur mereka terhadap bantuan yang telah diberikan. 

Peserta, Suhaidi Mohamed Amin, dari Kemaman berkata beliau gembira kerana program tersebut mencapai visi dan misi kerana selain dapat menyertai konvoi secara berkumpulan, kesempatan ahli menyantuni asnaf yang tinggal di perkampungan Sungai Palas, Cameron Highlands juga berjaya diadakan. - KitaReporters


Suhaidi Mohamed Amin


 

18
11
1
11
0
You will be interested