Seni & Sukan 11 Oct, 2023

Ini betul, bukan cubaan! Elly Mazlein tarik diri jadi hos ASGV! Sebab hal peribadi? Peminat kecam?

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Jika sebelum ini hanya melakukan gimik untuk menarik diri dari All Stars Gegar Vaganza namun kali ini perkara itu benar-benar terjadi dan bukan lagi gimik. 

Pengacara Elly Mazlein sudah mula sinonim dalam program tersebut dengan telatahnya dan disebabkan dia juga, ramai peminat terhibur melihat dirinya di atas pentas. 

Elly atau nama popular, Kak Lina boleh dikatakan antara 'pelaris' di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) itu. Setiap minggu ada sahaja lawak spontan yang akan memeriahkan dewan. 



Pengumuman secara tiba-tiba itu dikeluarkan sendiri oleh pihak penyiar stesen televisyen Astro dalam satu kenyataan hari ini apabila memberitahu Elly tidak lagi bersama keluarga besar GV10 disebabkan hal peribadi. 

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata: “Dengan rasa berat hati Astro ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina (Elly Mazlein) dari program GV10 atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

“Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.

“Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang."

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Elly turut mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya mengacara ASGV di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse. 

"Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya saya amat menghargainya.

“Insya-Allah, kita doakan GV10 terus berjaya dan saya berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang Gegar Vaganza yang bertanding,” kata Kak Lina lagi.



Dengan penarikan diri ini pasti akan menjadi sebenarnya menimbulkan juga persoalan apakah kerana kerap kali dikecam sebab terdapat tiga pengacara di pentas yang sama? 

Katanya atas sebab peribadi. Adakah itu benar atau hanya cebisan alasan sahaja? 

Sebenarnya agak sayang bila Kak Lina undur diri selepas tiga minggu menjalankan tanggungjawab selaku pengacara. 

Ketika mengacarakan program Big Stage bersama Rina Rose, program itu telah mendapat sambutan luar biasa malah mereka berdua juga menjadi viral lebih dari peserta. 

Apa pun kita mendoakan moga Kak Lina akan terus maju dalam dunia seni. - KitaReporters

13
14
0
11
0
You will be interested