Seni & Sukan 17 Sep, 2023

Video| Aksi didukung pelakon lelaki! Janna Nick dikecam lagi! Awak tu bini orang! Tak takut dosa ke?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Sejak mula dikenali, kecaman sudah menjadi ‘makanan harian’ buat pelakon Janna Nick. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Bukan sahaja melibatkan kerjaya, tetapi kehidupan peribadinya juga turut dikecam. Sebelum kahwin pun dikecam, selepas kahwin pun perkara sama berlaku.

Apa sahaja yang dilakukan sama ada melibatkan kerjaya atau peribadi, pasti akan disusuli kecaman. Namun, apa yang pasti, kecaman tersebut tidak mematahkan semangat perjuangan insan bernama Janna Nick.


Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, Janna akui penyakit bipolarnya masih belum sembuh.


Bagi yang setia mengikuti perkembangan isteri kepada Dini Schatzmann ini, pasti tahu dia mempunyai penyakit bipolar. Janna memaklumkan kepada media penyakitnya itu masih kekal sama walaupun sudah mendirikan rumah tangga pada Jun 2023 lalu.

Apa jua masalah dan rintangan, Janna dilihat cekal dan kuat mengharunginya. Kerjaya dan kehidupan tetap perlu diteruskan. 

Pada September 2023, Janna telah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dan menjalani penggambaran sebuah drama di sana.



Janna turut berkongsi gambar-gambarnya ketika berada di sana dalam media sosial. Namun tindakan Janna berkongsi gambar dan satu video berkenaan drama terbaharu lakonannya bertajuk Melastik Ke Hatimu 2 telah mengundang kecaman.

Video yang dikongsi itu memaparkan salah satu babak dia bersama gandingannya dalam drama tersebut iaitu Andi Bernadee. Dalam babak itu Andi telah mendukung atau menggendong Janna. Aksi itulah yang mendapat kecaman apatah lagi Janna kini sudah berstatus isteri orang.



“Aduhh. Percayalah kak oii.. kami bukan suka-suka nak kata tapi kak tu dah bini orang. Janganlah berlakon jenis yang macam ni kak,” tulis salah seorang netizen.


Janna dinasihatkan supaya menjaga batas sebagai isteri orang.


Malah, netizen mula mengaitkan dengan suami Janna dan menganggap dia sebagai suami dayus. Tak pasal-pasal nama Dini juga terkait.


Suami Janna dikatakan dayus kerana membenarkannya melakukan aksi sebegitu.


Serba salah dibuatnya. Apa yang dicakapkan oleh netizen itu ada betulnya juga. Walaupun hanya lakonan, namun ia tetap salah di sisi agama. Tapi sebagai pelakon, itulah skop atau tanggungjawab yang harus dipikul.


Ditayangkan pada setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam.


Musim kedua Melastik Ke Hatimu memulakan tayangan pada Slot Lestary TV3 bermula 16 September 2023. 

Drama ini mengisahkan kehidupan pasangan Ziyyad dan Haura semakin baik apabila Ziyyad tersenarai sebagai Young Entrepreneurs Malaysia 2021 dengan mengusahakan lebih 20 buah cawangan pasar raya dalam masa empat tahun.

Haura pula seorang pencipta konten yang dikenali dalam media sosial. Ziyyad menjadi kebanggaan Mak Limah sehingga kejayaan menantunya sering dicanang satu kampung.

Melastik Ke Hatimu 2 menampilkan barisan pelakon seperti Andi Bernadee, Janna Nick, Hafidz Roshdi, Dato' Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan dan Puteri Sarah Liyana. - KitaReporters

7
8
0
14
1
You will be interested