Seni & Sukan 27 Sep, 2022

Video| Mohon Perhilitan bantu selamatkan! Gajah berkeliaran di kawasan perumahan! Berhati-hatilah!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Sering kali kita lihat haiwan liar berkeliaran di kawasan perumahan sehingga membuatkan ramai yang berasa takut dengan kehadiran mereka.

Namun, tidak ramai yang tahu mereka juga tidak mahu hidup bersama manusia tetapi terpaksa kerana habitat mereka telah dimusnahkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gajah-gajah


Tular sebuah video dalam Facebook memaparkan gajah yang dilihat memijak pagar rumah penduduk di sebuah kawasan perumahan di Kluang, Johor. 

Apa yang boleh dilihat gajah tersebut berjalan berdekatan dengan pagar sebuah rumah di Impiana Villa, Taman Seri Impian dalam keadaan lapar mencari makanan.

Bahkan sebelum ini, terdapat video yang memparkan sekumpulan gajah ini memasuki kawasan berdekatan sedang melintas penghadang jalan berdekatan lampu isyarat simpang KFC di Taman Seri Impian

Pagar di sebuah kawasan perumahan turut roboh angkara gajah ini. 



Rata-rata netizen yang melihat video ini turut meluahkan rasa simpati mereka melihat gajah-gajah ini seperti kehilangan tempat asal mereka sehingga terpaksa berkeliaran di kawasan bandar untuk mencari makanan



Bila kita dah ganggu habitat mereka, sebab itulah mereka terpaksa berkeliaran untuk mencari makan

Moga gajah-gajah ini diselamatkan. Harap pihak Perhilitan dapat membantu. - KitaReporters 


8
9
0
16
0
You will be interested