Seni & Sukan 01 Aug, 2025

Video| Semoga Bella, Syed Saddiq bahagia! Jaga anak-anak dengan baik! Teruskan kehidupan! Doa Aliff!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Mohammad Aliff Aziz, 34, berharap hubungan cinta bekas isterinya Bella Astillah, 31, dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 32, akan menuju ke alam perkahwinan tidak lama lagi bagi mendapat kebahagiaan hidup baharu. Aliff berharap Bella dapat dapat menjaga kedua-dua anak mereka, Mohamed Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5, dengan baik bersama suami baharu nanti. - KitaReporters


Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura Mohammad Aliff Aziz, 34, berharap hubungan cinta bekas isterinya Bella Astillah, 31, dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 32, akan menuju ke alam perkahwinan tidak lama lagi bagi mendapat kebahagiaan hidup baharu.

Dan Aliff berharap Bella dapat dapat menjaga kedua-dua anak mereka, Mohamed Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5, dengan baik bersama suami baharu nanti. 


Aliff reda Bella dan Syed Saddiq bakal harungi kehidupan baharu

Bella bersama anak-anak. - Kredit foto: IG Bella Astillah


Bagi Aliff tiada perasaan cemburu baginya, sebaliknya beliau berharap bekas isterinya mendapat kebahagiaan baharu setelah hubungan mereka menemui kegagalan dan terpaksa berpisah setelah hampir tujuh tahun hidup bersama sejak akhir 2016.

Aliff melafazkan talak satu terhadap Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah di hadapan Hakim Syarie di Makhamah Rendah Syarie Wilayah Persekutuan pada 13 Jun 2024.

Aliff dan Bella bersama anak-anak ketika masih menjasi suami isteri.


Bagi Aliff, jika itu adalah kebahagiaan buat mereka, dia reda dan mendoakan yang terbaik buat kedua-dua merka. Aliff berkara demikian dalam temu ramah audio dan video dengan Berita Minggu (BM) Singapura baru-baru ini.

Tambah Aliff, apa yang telah berlaku dalam hidupnya dianggap sebagai perkara yang sudah berlalu dan kini Aliff lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada dirinya pula. 

Juara musim kelapan Gegar Vaganza (GV8) terbitan Astro Ria ini turut meluahkan kerinduan mendalam terhadap kedua-dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Mereka terputus hubungan sejak 2024.


Aliff bersama Bella selepas menjuarai GV8.


Ketika ditemu ramah oleh Berita Harian (BH) Singapura, Aliff mengakui dia masih belum berpeluang bertemu mahupun berhubung secara langsung dengan anak-anaknya.

Malah, menurut Aliff, dia sering sukar menonton rakaman video mereka sehingga habis kerana terlalu sebak.

Walaupun berjauhan, menurut Aliff dia mengikuti perkembangan anak-anak terutama apabila tiba bulan kelahiran mereka, iaitu 8 Julai bagi Ayden dan 18 Julai bagi Ara.

"Saya rindu sangat. Doa saya setiap hari adalah untuk dapat lihat mereka semula dan sampaikan segala yang saya simpan dalam hati.” 

"Daddy sentiasa ingat dan mendoakan Ayden dan Ara… I love you so much and I miss you," katanya.

Aliff berharap suatu hari nanti takdir mempertemukan mereka dan dia dapat menjelaskan banyak perkara yang selama ini terpendam.


Sementara itu hubungan Bella dan Syed Saddiq mula rapat sejak awal tahun 2025. 

Walaupun kedua-duanya tidak membuat kenyataan mengenai perkahwinan, namun hubungan mereka kelihatan semakin rapat dan serius terutama setelah kedua-duanya menjadi model bersama satu jenama pakaian.



Malahan ramai menjangka Bella dan Syed Saddiq akan menjadi pasangan suami isteri pada akhir tahun 2025 atau paling lewat awal tahun 2026 sempena setahun bermulanya perkenalan mereka. 

Malah ada peminat BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) ini menyatakan kedua-duanya sudah bertunang secara senyap-senyap.

Bella dan Syed Saddiq kini menjadi antara selebriti yang menjadi  perhatian ramai. Dua lagi pasangan selebrita yang turut menjadi perhatian ialah Fattah Amin dan Amira Othman serta Keith Foo dan Riena Diana.

Pasangan mana yang akan berumah tangga dahulu? Kita sama-sama "tungguuuuu." - KitaReporters


17
8
0
8
0
You will be interested