Ia menepati ramalan para peminat seni yang menjangka majlis berlangsung pada hari ulang tahun kelahiran salah seorang selebriti itu. Tarikh 14 September 2025 adalah ulang tahun ke-35, Abdul Fattah Mohd Amin.
Sebelum ini dan seperti sudah dirancang lamaran dilakukan pada majlis pelancaran video muzik (MV) rasmi ‘single’ terbaharu Amira, 31, dan adiknya, Irfan Haris berjudul ‘Rasa dan Takdir’ di Imperial Lexis, Kuala Lumpur pada Isnin, 8 September 2025.

Pada akhir persembahan Irfan menyerahkan kunci kepada Fattah sebagai simbolik kepada penyerahan tanggungjawab kepada aktor itu menjaga kakaknya sekali gus memberi tanda mereka bakal memulakan hidup bersama.
Tenang berada di atas di atas pentas, Fattah kemudian membuat satu pengumuman yang mengejutkan buat para tetamu.

“Seperti semua orang tahu kami adalah rakan sekerja dan selepas beberapa lama berkenalan, kami insya-Allah ingin bertukar status dari rakan sekerja kepada rakan serumah,” katanya yang turut memberikan kunci kepada Amira sebagai simbolik.
Pada majlis itu, Fattah turut mengumumkan majlis akad ‘Setulus Takdir’ Fattah Amira akan disiar secara langsung (live) melalui Unifi TV 2.0 saluran inspirasi mulai jam 8 malam pada 14 September 2025 itu.
