Seni & Sukan 10 Aug, 2022

Video| Padan muka! Pemandu lori dapat “thumbs up”! Bantu polis halang MPV guna lorong kecemasan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


TINDAKAN spontan seorang pemandu lori membunyikan hon bagi menghantar isyarat kepada kereta peronda polis (MPV) terdapat kenderaan pelbagai guna (MPV) melalui lorong kecemasan menjadi tular sehingga mendapat lebih 2.2 juta tontonan dalam media sosial.

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna media sosial yang bernama AbangCrossBorders dalam TikTok, menunjukkan beliau menyedari terdapat kenderaan MPV memotong barisan di lorong kirinya melalui laluan kecemasan ketika berada dalam kesesakan lalu lintas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan saman trafik atau lalu lintas



Apa yang menarik perhatian dalam video yang berdurasi 34 saat itu tindakan pantas pemandu lori terbabit menyembunyikan hon berkali-kali sehingga menarik perhatian kereta polis di hadapannya.

Kereta polis peronda itu bertindak dengan memotong kereta MPV di sebelah kiri untuk mengarah kereta MPV terbabit berhentikan kenderaanya serta memberikan isyarat “thumbs up” sebagai tanda terima kasih kepada pemandu lori itu.

“Asyik salahkan lori sahaja apabila di jalan raya. Sudah kena tindakan. Padan muka,” ujarnya.



Rata-rata pengguna media sosial berasa amat geram dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemandu MPV tersebut namun amat rasa berpuas hati setelah ditahan oleh polis yang akan menyebabkan pemandu itu disaman sekurang-kurangnya RM300. 



”Ingat boleh selamat masuk garisan hadapan terus bila hadapan ada polis. Sekali dapat surat cinta,” kata cartoon_panda.

“Tindakan sebegini sepatutnya dikenakan saman RM3 ribu bukan RM300,” tulis @AzrazRazali. 

“Saya suka tindakan sebegini, sepatutnya ajar orang pakai kereta kayangan pun patut ikut peraturan,” luah @Leon_whujie. - KitaReporters


10
8
0
10
0
You will be interested