Seni & Sukan 24 Jul, 2022

Video| Tahniah Lia Aziz, Arash! Akhirnya jadi suami isteri! Rahsiakan hubungan selama dua tahun!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


SEHARI selepas Wany Hasrita menamatkan alam bujangnya, seorang lagi penyanyi popular tanah air turut melangkah ke alam perkahwinan. Lia Aziz, 19, yang popular dengan lagu ‘Kuca Kuca’  kini sudah sah menjadi isteri kepada pemain gitar kumpulan Tree Hill, Arash Azimi Anuar, 24

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Al-Amin, Puchong, Selangor pada jam 9 pagi Sabtu, 23 Julai 2022. Berita gembira itu dikongsi laman Instagram (IG), Lia atau nama sebenarnya, Nur Aliah Farzana Abd Aziz.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Lia Aziz

Dari kawan menjadi kekasih, kini teman hidup. - Kredit foto: IG liaaziz



"Namamu ku rahsiakan dan terpatri di hati kucu kuca kucu kuca.

"Eh sudah tak rahsia. Alhamdulillah, fasa baharu. Semuanya berjalan lancar dengan sekali lafaz. Saya sudah menjadi isteri kepada, Arash," tulis Lia. 

Lia dan Arash berjaya menyembunyikan percintaan selama 2 tahun dan pertunangan mereka daripada pengetahuan umum. Hanya orang tertentu yang mengetahuinya.  

Acara akad nikah diadakan secara tertutup, hanya dihadiri ahli keluarga terdekat. Sementara majlis resepsi di Tropicana Golf & Country Resort , Petaling Jaya dengan hanya jemputan terhad pada sebelah malamnya.



Sementara itu menerusi kenyataan media Rusa Music, Lia dan Arash sudah saling mengenali sejak dua tahun lalu ketika bernaung di bawah syarikat rakaman sama, Rusa Music.

Dalam IGnya pada Jumaat, Lia berkongsi gambar pada majlis pertunangan yang berlangsung pada 22 Januari 2022 dan memohon peminat mendoakan urusan majlis perkahwinan dipermudahkan. 

Lia pernah berkongsi gambar bersama Arash dalam media sosial, namun tidak pernah mendedahkan mereka bercinta dan mengikat tali pertunangan. 



Lia dikenali melalui lagu ‘Kucu Kuca’ yang menjadi lagu latar (OST) drama ‘Rindu Separuh Nyawa’. Lia juga dikenali melalui lagu ‘Kaulah Syurga’ berduet dengan Khai Bahar yang menjadi OST drama ‘7 Hari Mencintaiku’.

Video muzik lagu ‘Kucu Kuca’ yang diterbit setahun lalu sehingga kini sudah ditonton 2.54 juta kali dalam YouTube. Sementara video muzik ‘Kaulah Syurga’ yang mula disiar dalam You Tube dua bulan lalu sudah ditonton 1.2 juta kali. - KitaReporters



10
21
0
11
0
You will be interested